Showing posts sorted by relevance for query bear. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query bear. Sort by date Show all posts

Babysitting Fahrin.

3

Posted by gadis jumaat | Posted in


Belajar memandu dalam hujan. Umur 29 baru nak dapat lesen T_T My whole life is so lagging behind. Rabu ni test ngan jpj trr trr! :D

*********************************************

Aritu incik sayang cakap, "Tau tak, B dah sayang anda lain tau skarang..."
"Tauuuuuu... (nada sebak sbb ngah nak cakap mende yg sama) Yyg boleh rasa..."
"Tu laaa... Sayang sangat-saaaaangat kat anda skarang tau..."

Hihi sukeee. Mmg rasa intim sangat skang, n paling penting it's mutual. Aku dah boleh adjust ngan kebizian dia sbb dia dah pandai bahagi masa.

I don't know if I can live my life with this man on the left, but I definitely can't live without him. Just look at his other side yang aku tak berapa paham.

Letak gamba belakang je, takut bliau tak restu kalo letak gamba muke terang2 :D

*********************************************

Incik bear ada sembang lamaaa ngan aku aritu kat ym, catching up setelah sekian lama. Funny when you thought you would never stop loving sumone for the rest of your life - 'there will always be a special place for u in my heart' sorta things yg penah aku sebut dulu, but somehow you would stop. Tadek prasaan langsung dah. Wow I amazed myself T_T.

Padahal dulu rasa separuh nyawa melayang bile dia buat hal.

Padang Kota Lama, bes gilerrrr tempat makan sebelah pantai je.
Dicilok dengan sukses, sukses! dari faisaladmar.blogspot.com.

Dia cite pasal life dia, pasal family, pasal hati dia dah rasa terbukak untuk sumone tapi tetibe dapat tahu perempuan tu dah bertunang.

Mula cakap pasal dia masih rasa menyesal pasal bnyk buat salah n kesilapan pada aku dulu, tapi tak dapat tarik balik semua. Lepas aku dah tadek baru sedar, rupanya cuma aku je yang dia paling sayang sampai skang. Aku dengar je. Bukanlaa dia nak balik kat aku ke ape, cuma dia nak kate dia menyesal.

Tempat lepak kat Padang Kota Lama.
Ija n Macik Zaizaizaizai (mak ija yg sporting banget), jommm. Besnyee...

Aku ekceli dah tadek simpan any grudge towards him pon, tapi I won't forget how he made me feel. Tapi lebih ingat perasaan yg disakitkan aah daripada cinta sakti ape sume. Dia yg pertama aku betul2 sayang walaupun b4 dat aku ada 2 ex-men, yg jenis tak meninggalkan bekas kat hatiku la, hehe. Siap time kat ostolia tak layan orang lain tuuuu sbb setia kat dia la kononnye hakk tuihhh. Tapi ini balasannye Raju, ini???

Aku ni dok taip padam taip padam, sbb takut incik bear baca blog aku, sbb dia penah landing dulu kat blogdrive. So oklah, ekceli ngadap pc sbb nak sambung keje tapi ter-taip blog lak. Maka marilah marilah kite mandi skang! Yak yak!

p/s: Tajuk tadek kene mengena, cuma smalam I was babysitting baby yg bernama Fahrin cucu jiran sebelah, pastu sajelaaa letak topik mencapap :P. Bayangkan kalo dapat babysit Fahrin yg betul-betul punye! :O woaahhh turn on tuhhh. Ini betul-betul bukan main-mainnnn.

Daa!


You know you love me!

XOXO, girlfriday

Dad In Memoriam

10

Posted by gadis jumaat | Posted in

This is a very longgg post, nak baca, bacala. Tentang pemergian ayah aku haritu. Mainly, just for my own record. Dah lama aku taip sambung2 ni, tak dapat habiskan each time, sbb stiap kali taip, sedih, pastu stop. Taip lagi, dan stop lagi. Sampaila harini, aku harap dapat publish jugak.

Every soul shall have a taste of death.

The Night Before, June 10, 2009

Tetibe aku rasa nak mengaji walaupun jarang2 sangat aku rajin mengaji. Hati rasa sangat tak tenang. Lepas smayang ada terdetik kat hati aku, mintaklaa parents aku still ada sampailaa aku dah ada anak nanti AT LEAST, aku doa dalam hati, walaupun kalo boleh aku nak dorang slama2nya ada dengan aku.

Aku call incik sayang untuk melegakan perasaan tapi ended up aku makin rasa tak bes. Aku ingatkan aku tension pasal nak kawen, sbb tu aku sedih. Serious sedih tetibe yg tadek penyebab, nak kate PMS, dah PMS dah haritu, aku pon pelik. So aku anta sms kat incik sayang sumthing like: "Please leave me alone these few days." Lepas smayang Isyak tu aku rasa down n nangis betul2 nangis sampaila aku tertido.

The Day, June 11, 2009

It was thursday, time ni aku kat Puncak Niaga Shah Alam, dalam pukul 1.30pm, Kak Da call cakap, "Adik, balik Kuantan sekarang Adik... Pok sakit teruk...". Aku terus nanges kat opis sesiap sbb aku dah tau, kalo tak teruk, kakak aku takkan call punye.

The indonesian senior consultant, En Adi yg wat keje ngan aku tuh terus tepuk2 bahu, cakap sabar, sabar. "Let me send you home. Saya bisa hantar sampai ke depan rumah. Kerna saya khuatir, dengan emosi nggak stabil begitu, mana bisa menunggang motosikal, bahaya..." Tapi aku bertegas aku boleh balik sendiri. Susah nak kuar carik tiket ape sume kalo takde Maikel.

Memule ingat mmg nak naik bas tapi terpk, takut lambat sampai pulak... Sampai terpk nak redah naik Maikel, tapi sure lagi lambat smpi. So, terpaksa call incik sayang gak. Aku call banyak2 kali dia tak angkat, aku pk, konfem dia jauh hati ngan aku ni sbb smlm, sbb tu tak pick up phone. Last2 aku call number ofis dia, baru dapat cakap. Soo, aku mintak dia hantar ke Kuantan. Dia terus ok2 je. Belum sempat incik sayang sampai, dalam pukul 2.30pm, Kak Da dah call ngan suara yg tersekat2, "Adik, Pok dah takde..." God knows... Betapa rasa terpukul sangat time tu no matter how much I've expected it... Menyesalnya tak balik Kuantan last week! Menyesal sangat!

Bile incik sayang sampai, dia kate dia kesal sangat sbb lambat pick up call aku memule tu, sbb tetinggal fon kat tingkat atas, dia time tu kat tingkat bawah.

So, kitorang bertolak dari sini lam pukul 3.00pm. Sepanjang perjalanan aku still composed lagi, stakat ngalir air mate gitu je. Dalam pukul 5.15pm dah sampai Kuantan.

Makin dekat ngan umah, makin dub dab dub dab jantung aku. Bile dah sampai dekat2 umah, then dah stat nampak deretan kereta yg parking sepanjang jalan ke rumah aku, the reality suddenly hits me n time tuh terus nangis sedu-sedu ah. Incik sayang nampak panik n nak parking pon kelam kabut dah dia. Adeih. Sedey banget... Pastu anak sedara aku, Kakak, datang kat kereta sambut aku. Dia kate semua orang risau ngan acceptance aku, tapi Alhamdulillah time tuh aku mmg dapat tahan dari nangis, aku dah nangis banyak2 sebelum turun kereta.

Bila masuk umah, ya Allah... Aku peluk mak aku, tapi dia tak nangis, nampak tenang n senyum je layan tetamu sumer. Ngam2 sampai tuh, ayah aku baru lepas dikapankan satu badan kecuali muka. Pakcik Bakar Posmen yg lead urusan haritu dah announce, "Anak2 dan sedara mara dah boleh cium arwah sekarang ye." So I was the first one to kiss him for the last time, trying hard to hold back my tears sebab aku taknak sakitkan ayah aku in any way. Aku tataula muka tahan nangis aku cemana tapi aku nampak abang ipar aku pandang semacam kat aku time tu. Yang aku ingat, aku dapat tahan air mata dari keluar tapi tetibe aku dapat dengar diri sendiri teresak, almost like a sudden hiccups. Dapat bayang cemana teresak-esak tapi tak keluar air mata? Macam, kita dapat kontrol perasaan kita, tapi badan kita couldn't hold it, so it let it out dalam bentuk esakan. Barulaa aku tau cemana rasa kehilangan orang tersayang time tu.

Time tu walaupun sedih, hati aku lapang, sebab nampak ayah aku macam ngah tidur je, ngan segaris senyuman kat bibir dia. Sangat menenangkan. Tak lama pastu aku nampak Abang Nuar yg happy-go-lucky sentiasa tu, tiba2 tersedu2 menangis tutup muke ngan lengan bile tengok ayah aku dibaringkan dalam kain kapan, pastu Kak Ani pulak nangis tersedu2 kat sebelah aku, diikuti ngan mak aku cakap, "Haih, apa nangis2 sangat nih... Tak baik... Dah sampai masa dia kan..." Tsk tsk.

Then, masa orang sembahyangkan, I've to rush for my jamak Zuhur n Asar kat umah Abang Mir kat rumah sebelah, Pakcik Bakar Posmen cakap lepas semayang jenazah boleh cium lagi sekali, aku ingat nak cium lagi sekalila. Tapi lepas smayang sumer, tengok2 ayah aku dah dibawa naik van jenazah ke kubur dah... Tapi at least tuh la, nasib baik aku sempat sampai n cium dia, sbb kalo naik bas, dalam pukul 6 petang paling awal kot baru sampai Kuantan. Ayah aku plak, selamat kebumi semua dalam pukul 6.30 petang tu. Alhamdulillah, sempat jugak... :"(

Kakak aku cite, as usual kalo ada orang meninggal kat area umah aku, akan ada announcement kat surau, and this time announcement tuh berbunyik lebey kurang camni: "Assalamualaikum. Bekas Imam kita, Imam Bakar, telah meninggal dunia sebentar tadi blablabla." Terharu sbb dia cakap, 'Bekas Imam KITA' tu, walaupun ayah aku dah lama tak jadik Imam sejak dia tak brape sihat.

Skang nih walaupun sedey sangat, tapi lebey kepada sedey sebab hilang seorang ayah, aku tak risau sangat pasal ayah aku dengan alam barunya, sbb aku yakin dia mati dalam keadaan yg baik. Dari cara Allah permudahkan segala2 urusan, dari stat dia nazak yg sangat sekejap je - sesak nafas sket then terus hembuskan nafas terakhir (walaupun rasa dah meninggal time kat rumah tapi tetap bawak ke hospital gak untuk confirmkan kematian); sampailaa ke urusan menguruskan jenazah yg sangat mudah dan pantas, macam dia dah tak sabar-sabar nak jumpa Pencipta dia :"(

Even 2, 3 hari sebelum meninggal, ayah aku mmg dah tak lalu makan, cuma minum je. Time tuh anak sedara aku dah terdetik kat hati dia, "Tokki ni kalo meninggal, mmg senang nak uruskan jenazah sbb perut dah kosong tadek makanan pe sume..." Mmg pon time mandikan jenazah tu, abang ipar aku kate tadek apa2 yg keluar bile tekan perut ayah aku.

Time dah siap kapan pon, ramai jiran/sedara mara yg tegur, "Eh, Pakcik Bakar senyum yek?" Muke dia time dah meninggal tuh lagi elok daripada time dia tido, atau time dia hidup, sebab ayah aku nih muke dia cam garang sket. Ada sorang makcik tu tanye anak sedara aku, "Kenapa Ummi (kakak aku) kulit gelap, padahal Wan ngan arwah Tokki kulit putih?". Anak sedara aku cakap, "Ishk mana ada, Tokki saya tu kulit gelap Makcik..." Hadeih... Subhanallah. Ni semua untuk pengajaran aku sendiri, sbb aku sedar betapa jauhnye aku kalo dibandingkan dengan dia...

Mmg kematian ayah aku banyak menginsafkan aku, buat aku pandang dunia dalam perspektif berbeza. Mmg kematian sesuatu yg pasti, dan mengingati kematian tuh boleh menghilangkan segala kelazatan dunia. Seriously aku cakap. Sbb selama ni somehow rasa kematian tu macam terlalu jauh je, nih bile dah jadik kat orang terdekat, baru rasa betapa dekatnya kematian dengan kita. Lain perasaan tu bile nak compare dengan kematian2 orang yg bukan family kita. Aku patut lebey banyak invest untuk dunia yg satu lagi yg permanent tuh daripada dunia skarang yg sangat temporary nih. Aku taknak bile aku mati nanti muke masam n menyusahkan keluarga nak uruskan. Dan paling penting, aku taknak jadik orang yg menghalang ayah aku dari masuk syurga sbb dosa-dosa aku sendiri :(

A Day or Two Later

Abang Napi aku sampai dari Arab. Bila tau je pasal ni, dia terus amek flight balik, padahal dia mmg plan nak balik Malaysia beberapa minggu lagi je sbb tunggu anak-anak cuti sekolah kat sana. Pastu kitorang ramai-ramai pergi kubur baca Yassin. Time nak balik, aku dengar Kak Da cakap, "Balik dulu ye Pok...". Rasa menusuk sangat. Aku pun cakap lam hati, "Adik balik dulu Pok..." Sedihnyaaa nak tinggal dia kat situ...

Tak lama pastu, Mak aku ajak kemas bilik Ayah. Dia kate, dia nak kemas elok-elok sbb orang kate, roh orang yg baru meninggal akan balik carik tempat tido dia n tengok ada tak orang-orang yang dia sayang. Memula dia akan balik kerap2, lama2, dia makin jauh, makin jauh. Sebab tu mak aku gagahkan gak tido kat bilik diorang walaupun kalo ikut hati, sedey sangat kalo tengok bilik tu, tapi mak aku cakap, "Nanti takut Pok balik, Pok tengok takde orang tido kat bilik dia...".

Kekadang lepas dari kuar bilik Ayah aku tu, aku nampak Mak aku tetibe terdiam n kesat air mata je. Kak Da, memule tu langsung taknak masuk, tapi last2 terpaksa masuk gak sbb nak tolong angkat tilam pergi jemur. Terus menangis pastu. Aku? Aku rasa aku yg paling tough, sempat mop2 lantai kat bilik Ayah aku tapi bile tengok barang-barang dia ya Allah... Sedeynye... Skang ni pun, imagine keadaan bilik dia pon bleh buat aku nangis dah... :"( Katil tpt dia baring yg dah kosong skarang, kalo dulu time aku nak balik KL lepas cuti kat Kuantan, aku akan kejutkan dia bangun tido sbb nak salam n nak peluk, n dia akan gopoh gapah bangun dari tido n terus duduk sbb nak salam ngan aku :"(. Pok yang sentiasa risau kalo aku tak cukup duit sbb kasik kat dia...

Today

Aku masih menangis almost setiap malam bila teringat kat dia. Kadang2 sengaja taknak layan ingatan pada dia n buat-buat lupa kat dia sbb takmo sedih. Rasa rindu sangat-sangat. Aku ada bawak balik 2 helai kain pelikat dia untuk aku peluk2 kalau rindu, tapi each time tengok rasa sebak sangat. So aku sorok je lam beg. Terbayang2 Ayah aku duduk kat kerusi coklat dia, dan lepas ni kalau aku balik Kuantan, dia dah takde kat situ. Masih rasa caya tak caya je ngan kejadian nih, rasa takleh terima je dia dah takkan ada dah... :(

Hidup dah berubah sedikit sebanyak. We will have tahlil on regular basis now. Setiap kali tahlil ni aku sentiasa terbayang masa kecik2 baru belajar sembahyang dulu, selalu ikut mak ngan ayah aku smayang skali. Pastu teringat zaman aku giler kat Incik Bear the ex-man dulu, and taknak balik rumah, Ayah aku ajak anak-anak dia ramai2 solat hajat nak lembutkan hati aku supaya balik... Now here I am, sembahyang ramai-ramai dan mendoakan untuk kesejahteraan dia pulak kat sana... :"( Family makin rapat sebab masing2 masih trauma dengan sebuah kehilangan. Rumah tu akan selamanya rasa ada satu ruang kosong. Kakak aku cakap kalo Mak aku pon meninggal, dia taknak duduk rumah tu dah. Patutla ramai orang tinggal rumah kat kampung dorang macam tu je, bkn sbb tak sayang, tapi i think they just can't bear with all the memories in the house.

Bila Ayah aku dah takde ni, barula aku rasa aku belajar banyak perkara dari dia. Masa dia ada, tak tau appreciate. Kadang-kadang kite terlepas pandang sikit kat Ayah kite sbb biasanya kite lebey banyak fokus kat mak kite. Kadang-kadang kite lupe jasa Ayah yg susah payah carik rezeki, walaupun kelihatan macam dia tak banyak involve ngan kehidupan seharian kita. Padahal, betapa penat lelahnya dia carik rezeki walaupun tak suke ngan keje ke, penat ke, terpaksa telan jugak sbb nak bagi anak2 makan.

Kadang-kadang bila Ayah kita dah tua dan tak communicate ngan kita macam orang lain, kita lupe dia dah spent berpuluh tahun carik rezeki nak bagi kita makan, sampai badan dia jadi lemah macam skarang. Kadang-kadang bila Ayah kita mudah marah bila dah tua ni, kita jadi marah semula dan fikir, kenapalaa nak marah-marah kat aku ni, padahal dia yang salah. Kita jadik lupa yang orang tua yang mudah marah tu laa yang banyak mengasihani dan bela kita dari time kita kecik sampai dah besar camni. Bila dia dah takde, kite sebenarnya dah tak kisah siapa yg salah siapa yg betul. Yang kita tau, kite just nak dia ada semula je.

The Father I Knew

Kak Da ngan Mak aku selalu cakap, aku 'anak Ayah aku', Kak Da 'anak Mak aku'. Time ayah aku selalu mudah marah sbb sakit dia nih, kakak2 aku jadik takut kalo nak tanya apa-apa kat Ayah aku, so diorang akan tolak aku suruh tanya, sbb dia kata aku pandai cakap ngan Ayah aku. Lagipun Ayah aku jarang sangat marah aku. Memang, sbb tu sesekali dia marah aku rasa benci sangat time tu, dah tak rasa dimanjakan je.

Haritu, bila rambut Ayah aku dah panjang sikit, mak aku cakap dah banyak kali Abang Nuar ajak pergi potong rambut tapi dia taknak. Bila aku tanye sekali je, "Adik potong rambut Pok ye?", dia terus angguk. Kalau dulu2 aku selalu pimpin dia pergi kedai rambut yg dekat rumah. Kuku kaki dia pon, dia tanak Mak aku yg potong sbb selalu terlajak. Slalu kat aku laa dia hulurkan pengepit kuku. Dia paling suka murtabak mini yg aku selalu buat. Mmg selalunya aku buat banyak2 yg frozen, dan dia, selagi ada, selagi tu laa dia akan tanye ada lagi tak? Sbb dia nak makan.

Ada satu hari tu Ayah aku merajuk dengan Abang Nuar, turun dari kereta Abang Nuar pastu suruh Abang Nuar tinggalkan dia kat situ, Abang Nuar suruh aku pujuk Ayah aku. Kejap je aku pujuk Ayah aku, Ayah aku terus dengar cakap n naik kereta Abang Nuar semula. Aku sayang Ayah aku tu walaupun aku degil n mudah marah bila dia marah aku... Betul aku sayang... :(

Bile aku finally balik dari Penang tu, adala dekat setahun Ayah aku taknak bercakap dengan aku kecuali penting sangat, sebab merajuk n marah. Mak aku cakap, "Bersyukur laa anak dah balik tu. Nak marah apa, padahal anak tu sama je macam dia, sama-sama keras kepala."

Ayah aku dulu tere mengukir, selalu ukir ayat Quran jadik hiasan. Tere tulisan khat, papan tanda surau kat umah aku tu, Ayah aku laa yg buat dulu. Perabot pon dia pandai buat, kalo meja, bukan yg jenis kaki patsegi tu je. Jenis yg terbentuk elok kaki dia. Dulu dia ada buat buai besar yg ada tpt sandar tu kat aku n gantung depan rumah, aku selalu tidur kat situ.

Dia jadik Imam kat surau start sumer orang lantik dia, aku ingat time tu, bile dia balik umah, Mak aku marah sbb tu tanggungjawab berat nak pikul dosa orang, tapi dia kate dia takleh elak. Time aku darjah 5, aku rajin gi surau time bulan puasa sbb ada can bleh main ngan geng2 laki. Diorang selalu cakap, "Kalo Ayah ko jadi imam, lamalaaa smayang, sbb dia selalu baca surah panjang-panjang." Sabarr je.

Ayah aku tu takla setegas mana, i mean takdela suruh aku pakai tudung labuh ke, atau marah kalo tak semayang right on time ke camtu, tapi tetapla tegur kalo pakai suar ketat sikit ataupun lambat sgt semayang. Tapi dia sendiri, mmg sentiasa semayang on time, dan stiap kali nak semayang dia akan mandi, kecuali Isyak.

Time bulan puasa, dia takkan kasik sesiapa pun bukak tv time siang. Kena puasa semua. Kalau dia masih larat dulu, dia takkan makan ayam yang beli sebarang. Dia akan beli kat pasar daripada orang yg dia mmg kenal n trust. Daging plak, dia takkan beli 'daging kotak', aku rasa daging importla kot daging kotak tu. Daging pon dia akan beli dari orang yg dia kenal jugak.

Sampaila dia dah tua dan dah banyak hilang ingatan ni, sifat dia yg satu tu tak ubah. Bile hidang makanan kat dia, dia akan tanya beli kat mana. So, nak beli dari yg kenal tu tak dapatla. Kitorang make sure beli dari pasar, atau dari kedai runcit yg konfem beli dari pasar, baru dia makan. Ayam dari pasaraya-pasaraya ni tak main, dia tak percaya. Certain2 makanan macam fishball ke, cincau ke, dia mmg marah kalo beli sbb dia kate cina buat. So, kene soroklaa kalo beli jugak termasuk ngan mak-mak aku pun subahat sekali T_T.

Dulu aku kekadang geram dengan sikap dia yg bagi aku terlalu particular nih, tapi skarang, bila aku tengok cara dia pergi, aku yakin Allah permudahkan urusan dia sbb cara hidup dia yg ni lah. Memangla tak semestinya kalo urusan kematian dia mudah, dia tu baik sangat, u may say, Allah je yg tau, tapi aku terasa macam tu. Yang penting sekali kena belajar dari semua yang baik ni dan ikut.

Aku tulis dah terlalu panjang dah. Terlalu banyak benda nak diluahkan, dan benda2 camni bukan boleh luah dengan bercakap ngan sumone je, sbb terlalu banyak. Blog nih je la yg takkan letih dengar aku bercerita. Haih, dah tadek Ayah dah rupenye aku ni.

Thanks for reading...



You know you love me!

XOXO, girlfriday

Satu Hari Je Lagi!

0

Posted by gadis jumaat | Posted in

Fiew. Patut hari2 last nih dah relaks, tapi kat sini makin bizi ada laaa.

Medical checkup dah buat smalam kat Sime Darby medical centre. Hahaa ngeri laa first time buat checkup untuk breast cancer! (-_-") Okay cerita berakhir di situ.

Bajet kawen aku dah buat sikit2 dahhh. Sakit kepala dahhh belum apa2 dah beribu-ribu lemon! Ija pon skang dalam keadaan agak wengga wat persediaan untuk engagement dia 17hb ni. So aku pun dah amek tiket 15hb ni nak gi penang, yang dah bertahun-tahun-tahun aku tak jejak.

Remember incik bear? Dia macam bau2 je aku baru tunang, aritu tetibe dia msg tanye khabar, as usual soalan default dia adalah 'bile nak kawen?'. Kalini ngan konpidennye, walaupun takut gakk kalo tak jadi ke ape tapi yg penting konpiden itu yg kite mau, aku jawab: "Ooh, baru engage awal muharram lepas. Kawen next year insyaAllah. Anda bile?"

Dia jawab, "Syukur Alhamdulillah... Saya takkan kawen sampai bila-bila."

Aku pon ngeeee je la, yeeeeeeeelah tu takkan kawen. Macamlaa aku tak kenal dia. Nanti sminit kemudian kata gelpren call, kroohhh. Ayat nak AFundi simpati ke apetahhh.

Tadek ape apdet sangatlah dis few days. Esok last day in current company. Pastu aku konpem cuti dulu b4 masuk keje baru yihhaa! 10 hari cuti tuuuu, 19/1 baru stat ngan hidup baru. Walaupun bermakna gaji ujung bulan 1 akan kurang 1000 lebey adeishhh. Takpe, duit bleh dicari, cuti susah dicari T_T ayat pasrah.

Apepunnnn, daripada khabar berita yg aku dengar dari kompeni baru, maybe pegi main office kat Jalan Yap Kwan Seng tu hari pertama je kot amek laptop. Seterusnya, kena pegi project dekat felcra wangsa maju! Gumbira2 yak yak yak! Dekat giler ngan umah aku dan incik sayang! Dekat giler, tahap setiap kali lunch tadahal punyeeee nak ketuk umah incik sayang mintak nasik ngan 'mak'. Ngahaha bakal menantu terpujiiiiinyierrr. T_T

Ok ahhh, permisi dulu! Till next apdet! :D





You know you love me!

New Blog?

0

Posted by gadis jumaat | Posted in

Bile aku go through aku punye blog entry list, dan tengok dah banyak sangat entries yg aku 'save as draft' je, aku rasa dah tibe masa untuk aku bertukar!!

Aku tau dah sampai masa untuk aku bertukar bile aku sendiri dah boring tengok blog aku sendiri. Orang lain apetah lagi. T_T

Dan rasa nak mule life baru sejajar ngan  penukaran address blog pon ada. Walaupun aku ni jenis mudah bertukar2 fikiran jugak. Jadi mmg ada possibility nanti blog tu kenselll plak, dan balikkk pada blog ni semula adanya...T_T

Jadik, kalo sudi, silelahh jenguk blog aku kat sini: http://ilovemyfiance.blogspot.com/, buat masa ni maybe pasal kawen, kawen dan kawen je. Satu lagi yg baru create, blog untuk share pasal ABAP ni: http://abapbook.blogspot.com/ Dua2 in progress, jadik please bear dengan segala construction yg blom siap tu.

Have a great day!





You know you love me!



Semalam

1

Posted by gadis jumaat | Posted in

Smalam time ym ngan membe, dia cakap camni, "Tengok ko cam orait ja. Cam tak sedey pon."

Adoi statement... Cam aku ni hape je.. Hati luluh di dalam siapa yg tahu. Allah je tahu cemana rasanya. Especially time ngah sorang2 malam2 tuh, ya Allah... Teringat tahap tak hengat punya.

I mean, takkanlaa nak buat ayat sedey je setiap masa sebagai melambangkan aku tengah bersedey? Ko pon malas nak chat ngan aku nanti.

Tapi time2 camni, ko bleh tengok siapa kawan yg betul2 anggap ko kawan, yg support ko time hati ko rasa koyak-rabak camnih. Bukan nak mintak orang kesian, cuma nak rasa aku masih ada orang2 yg sayangkan aku lam life nih, sbb sangatlah rasa dah tak cukup kasih sayang skang nih, dah macam tadek apa-apa dah.

Aritu sembang2 ngan ija pasal hal tak berkenaan, tetibe dia wat ayat last: "Orang sayang anda.", cam tetibe je, wat aku terharu sangat... Aku tau dia maksudkan, dia sentiasa ada untuk aku... :"(

Sorang besfren time skolah menengah, yg pernah lost contact n lately kitorang dah keep in touch semula, ada cakap: "Luv u, always and forever." And that's more than enough aku rasa, i mean, ada ke lagi orang nak cakap 'love u' kat ko selain kekasih hati ko?? Tersentuh sangat hati aku, cam, aku ada ek kawan yg sayang kat aku camtu?

Incik sayang, jangan cakaplah... Sentiasa ada untuk aku time camnih. Thinking of him je pon dah buat mata aku bergenang. Banyak sangat sacrifices dia... Ngan orang lain aku bleh sembang gelak2 lagi tapi bile dengar suara dia je, terus rasa fragile sangat sbb aku leh let out segalanya kat dalam nih kat dia.

what would i do
in times that i miss you?
where would i go
in times when i long to see you again?
how must i spend
the nights without you?
how do i bear
each morning that you’re not there?
the days shall never be the same again
i will never be the same again
without you

- Loss of Loved One, Jocelyn Soriano


You know you love me!

XOXO, girlfriday

The Woman Who Can't Forget

3

Posted by gadis jumaat | Posted in

Headache! Keje banyak dan semua nak siap cepat. Banyak cantekkk.

Smalam membe aku cakap, the lady PM dah 'jerit2' kat Manager sebut nama aku ngan membe aku F, sbb kitorang kena buat support untuk projek lain, so keje ngan project dia jadi tertangguh. Then wattudu? Dah tak cukup orang. Tensen btol bekerja ngan orang suke naik suara nih. Ngan client2 pon kene sound gak... Wahha.

Dua hari lam minggu ni aku kene gi client site kat Punck Niaga/Syabas kat Shah Alam. Bes laaa skali skala bertukar environment nih, walaupun perjalanan agak mencabar. Adalaa dekat 2 jam dari Gombak tu. Naik skuter ke lrt, naik lrt turun kl sentral naik komuter, turun komuter naik cab ke seksyen 13.

SKUTER --> LRT --> KOMUTER --> CAB

Bisa kurus donggg kalo hari2 begini!

Kat client site, aku ditempatkan sebilik ngan consultant .net yg datang wat support gak. Muke consultant tu mengingatkan aku kat Zaum (bagi mereka yg mengetahui) walaupun bliau lagi kiutla dari Zaum. Consultant tu cakap, the company has opted for more .net solutions lam dorang punye bisnes sbb SAP mahal. Heh heh rasakann.

Client sume okay, thanx for asking :P. Tapi bagi aku yg kuat makan nih agak terkujat bile gi cafe dorang, tau tak, ada lauk ayam goreng ngan sayur kobis masak lemak je yg terhidang?? Toleh kanan dan kanann lagi, nampak gelas ngan tong air je. Kabhi nehi! Terkejut perutku yg biasa makan makanan meriah2 ni siottttt! Pastu ada laa kacang botol ngan honey dew ngan tembikai, wow banyaknyier T_T. Tapi cafe tu macam hotel, siap ada chef berdiri tepi lauk (dahlaa lauk sikit, segan nak amek lauk yg sama banyak2 plak... T_T).

Ksimpulannye lunch aku siap ngan air haritu berharga $3.50 je. Terpk gak, takkan dorang ni mkn pree kot? Sbb ada je kaunter bayaran.

Sooo out of curiosity lepas lunch tu, di kesempatan yg ada time sembang2 ngan client, aku tanye, "Kat sini, korang ada cam, management ada promote makan secara healthy ke ape? Tadi tengok ada dua lauk je time mkn..."

"Haa? Eh takdelah, dorang dah cut cost, kalo dulu lagi banyak lauk." Cut cost? Bukankah sumer itu perlu dibayar?

"Cut cost? Nape kene cut cost?", tanye aku yg masih tak paham.

"Kitorang kat sini ada subsidi makanan... Eh tapi rasanye utk visitor ada bnyk choice lauk kot."

"Laaaaaaa... Yekeee?", kateku with eyes wide open. Zaman skang nih ada lagi yg dapat makan free kat opis tetiap hari? Perggghh. Mati2 ingat dorang promote healthy lifestyle ke ape ke, kan dorang Syabas?? Kan sungguh Syabass bette? Cettt.

*************************************************************

Ada yg tengok Oprah dua mlm lepas (kot)?? Giler laaaaaa.

Guest dia hari tu, Jill Price, sorang pompuan yg ingat segala2 nye since 1980! Giler laaa. Dia masih ingat ape yg terjadi time dia baby lagi, tapi bukan ngan date la, tapi everything since 1980 tuh dia bleh ingat lengkap ngan date skali!

Oprah ada gak invite Dr Oz utk explain sal Jill nih. Dr Oz nih pun satu, he's a superb when it comes to explaining! Dia terer giler bab2 nak explain benda yg payah menjadi mudah ni. N kite akan terus tangkap ape yg dia nak sampaikan.

So, Oprah cakap samting like, "Jill, you must be very good in your study then?"

Jill cakap, "No. I was not. "

Maka Oprah pun pelik la, dan bertanya kepada Dr Oz. Dr Oz cakap, Jill bukan hafal segala benda since 1980 tu, dia mmg ingat, macam kite ingat muke Grandma kite, camtu laa Jill ingat segala benda. Kite bukan hafal muke Grandma kite kan? Tapi ada braincell yg buat kite ingat, so camtula Jill. Aku pun cam, ooooohh, baru paham. Kan dah kate Dr Oz nih mmg tere explain! Dr Oz kate, ingatan Jill ni banyak berkisar tentang emosi dia.

Bleh imagine kalo kite di tempat dia? Ingat seumur hidup segala perkataan yg menyakitkan hati. Mmg Jill pon cakap, mmg terseksa laa jadi dia, sbb semuanya tak boleh lupe.

Kalo jadi aku, abis sumer lupe, lagi hebat. Senang nak lupe masalah. Tapi dikurniakan plak seorang member bernama Ija yg sangat mengingat, terutamanye nama orang yg pelik2. Sampai aku pun teringat skali. Ija mmg collector nama pelik laa sebenarnye. Antara nama yg aku ingat dia penah sebut: Makcik NESKAPE, KASSIMBRA, SHARON CHEAH POH ANN (orang penang je paham :P), err the rest aku dah lupe. Sile list Ija.

Ada satu benda yg sangat menyakitkan hati yg incik bear pernah sebut dan aku cakap kat Ija, aku takkan lupe seumo hidup! Tapi belumpun seumo idop, aku dah lupe hihi, baguslah kannn. Skali one fine day, Ija plakkkkk tolong ingatkan out of boredom, then sampai skang aku ingat smula T_T. Trima kasey, andalah sahabat sejatiku T_T.

So kesimpulannye, mmg banyak faedahnye jadik manusia yg normal ni. Bukan macam Ija. An elephant never forgets. Ija is an elephant, so she will never forget! Wohha! :D


Okay, dah dah mari balik, sume orang kat opis dah balik. Jill Price ada kuarkan buku tau, 'The Woman Who Can't Forget' title dia, serious aku curious nak bace, akan ku carik nanti walaupun buku Eckhart Tolle: The Power of Now pon lom stat bace. Keh keh. Buku tu pun sbb terpengaruh ngan Oprah gak.

Okay2 banyak cite lagi tapi lom masanye utk cite. Marshy dah dapat anak! Next update aku update ahha. Til then!


You know you love me!

XOXO, girlfriday