Cuti Seminggu & Soal Perkahwinan

2

Posted by gadis jumaat | Posted in

Wowowo... 19 days lagi nak jumpe bakal Abah. :D

Aku secara suksesnya masih berada di Kuantan sampailaa Sabtu nih. Hari Sabtu malam Ahad lepas tahlil lagi, sekali dengan Abang De yg ada balik lagi dari Arab. Diet sangatlaa sukarnya untukku kalo dah sampai rumah ni. Padahal kat Gombak relax je tak makan nasik, ngadap biskut ngan buah je. Sampai sini ya Allah...

Tambah2 bila ada tahlil cam ari Jumaat tu. Ada sate, mi goreng, kfc, durian dan memacam lagi, so apa baranggg ngadap biskut cap hup seng time2 camnih. Maka aku tewas lagi seperti dijangka.

Takpela mak ayah incik sayang nak tengok aku ngan badan camni pun, tu sume packaging je. Dalaman ni yg diorang perlu kenal. Sape yg bleh sayang anak diaorang cam aku sayang? Akak berbintang Leoooo ni jugak.

Riwayat Ibnu Majah daripada Aisyah kan ada menyebut;
“Kahwinilah (wanita) yang mempunyai asal usul keturunan yang baik , kerana asal seseorang wanita sangat mempengaruhi keturunan yang akan dilahirkan”.

IKLAN:
* Napelaa brader jual aiskrim kat umah aku berplet CBT 9550 nih hensemmm banget? Ok2 esok tunggu dia lalu lagi :))), kata suara hatiku.

Oh lepas tahlil ari sabtu tu, Anor ngan Abang Mir aku panggey datang dekat dorang. Aku dah suspender ni. Sbb haritu time dorg tahlil time aku kat KL, dorang ada bincang2 pasal aku nak kawen kannn.

So sebelum Abang Mir ngan Anor cakap ape2, aku cakap kat dorang, "Nak bincang ape... Sbb ape2 pon boipren orang tengah kumpul duit lagi..."

"Bukan pasal tu, masalahnye skarang, Cik letak tinggi sangat... Kak Da ngan Aju pon sama naik, sbb dorang cakap awak ada degree la ape la.", Anor cakap. Aku tak paham orang skang nih, pesal degree ape sume jadi faktor lak? Sebaik2 wanita kan yg paling rendah maharnya? (Jgn marah incik sayang, kalo terlalu transparent cite pasal mende ni... Cuma kite susah nak diskas sal mende ni, so I need an intermediary.)

"Ooh.. Pasal tu. Mmg pon masa memule Aju ngan Kak Da sebut amount duit hantaran tu, orang rasa nak nangis sbb macam takkan kawen je kalo camtu...", aku cakap. Mmg pon, even simpan seribu sebulan pon dah kene tunggu brape lama? Tu pun seribu sebulan, which is sooo impossible...

"Itulaa, tak baik benda ni tangguh-tangguh camni. Abang tak setuju. Itula nak tanya Adik ni, nak kitorang cakap one-to-one ngan Cik ke, nak cakap depan semua orang? Pasal jgn letak hantaran tu tinggi sangat.", Abang Mir tanya.

"Tu laa... Kenduri brapela sangat. Takyahlaa panggil sampai seribu orang. Kalo ikut Abang Nuar lagilaa, suruh nikah gantung je terus.", Anor sambung.

Aku diam. Taktau cemana nak cakap. Aku mintak jangan cakap lagi malam ni. Lagipun takmo laa sampai Cik masam muka ngan aku plak. Kalo bleh aku taknak ada pon time dorang bincang nih.

So last2, Abang Mir cakap, tunggu Abang Nuar balik dulu la. Sbb Abang Nuar nih, dia negotiator in the family. Orang dengar cakap dia sbb dia pandai reason out ngan sumer orang. Sooo.... Tunggulaa Jumaat malam Sabtu akan datang nih. Aku dah rasa tak bes ni. Cuma aku rasa, aku nak cakap smula ngan Abang Mir, takyah aaaa diskas pasal ni time aku ada. Pening2.

Hari2 aku doa, semoga urusan perkahwinan aku dipermudahkan je, dan kalau aku yg bakal jadi zaujah incik sayang, maka dekatkanlah aku ngan dia. Kalo tak, silelah jauhkan... :(


You know you love me!

XOXO, girlfriday

Today I Receive An Unexpected Hug :")

0

Posted by gadis jumaat | Posted in

It was from a colleague. Malay lady. Kitorang tak kenal sangat, berpapasan camtu je, sbb dia dari Sales department, maka tidak berurusan ngan dia.

"Who is Sya*****?", dia dtg kat tpt kitorang pastu tetibe tanye ngan penuh seriousnya. Aku dah risau ni. Apa salah daku??

"It's me. Why??"

"I want to give you a hug...", dia cakap sambil buat muke sedey.

"Ohhhh... You've heard."

Aku bangun and dia peluk aku for few seconds. Aku balas pelukan dia.

"Not exactly, I saw it on Anne's table. I rasa berdebar you know. How are you? Are you ok?" Dia maksudkan sijil kematian yg aku baru hantar kat HR sbb aku lama dah tak balik opis kan, sbb buat support kat Puncak Niaga.

"Okla... You still have ur parents? Hmm, your dad, is he well?"

"Yeah, I still. But my dad pernah kena heart attack, it can just happen anytime you know."

"Yep. We thought they'll always be there. Tapi suddenly, they're gone."

"Itulah i risau... I just hope you're doing ok..."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sweet sangat K nih, sungguh unexpected perlakuan dia tuh. Buat aku terharu tadi.

Thanx K, and everyone :)




You know you love me!

XOXO, girlfriday

Dad In Memoriam

10

Posted by gadis jumaat | Posted in

This is a very longgg post, nak baca, bacala. Tentang pemergian ayah aku haritu. Mainly, just for my own record. Dah lama aku taip sambung2 ni, tak dapat habiskan each time, sbb stiap kali taip, sedih, pastu stop. Taip lagi, dan stop lagi. Sampaila harini, aku harap dapat publish jugak.

Every soul shall have a taste of death.

The Night Before, June 10, 2009

Tetibe aku rasa nak mengaji walaupun jarang2 sangat aku rajin mengaji. Hati rasa sangat tak tenang. Lepas smayang ada terdetik kat hati aku, mintaklaa parents aku still ada sampailaa aku dah ada anak nanti AT LEAST, aku doa dalam hati, walaupun kalo boleh aku nak dorang slama2nya ada dengan aku.

Aku call incik sayang untuk melegakan perasaan tapi ended up aku makin rasa tak bes. Aku ingatkan aku tension pasal nak kawen, sbb tu aku sedih. Serious sedih tetibe yg tadek penyebab, nak kate PMS, dah PMS dah haritu, aku pon pelik. So aku anta sms kat incik sayang sumthing like: "Please leave me alone these few days." Lepas smayang Isyak tu aku rasa down n nangis betul2 nangis sampaila aku tertido.

The Day, June 11, 2009

It was thursday, time ni aku kat Puncak Niaga Shah Alam, dalam pukul 1.30pm, Kak Da call cakap, "Adik, balik Kuantan sekarang Adik... Pok sakit teruk...". Aku terus nanges kat opis sesiap sbb aku dah tau, kalo tak teruk, kakak aku takkan call punye.

The indonesian senior consultant, En Adi yg wat keje ngan aku tuh terus tepuk2 bahu, cakap sabar, sabar. "Let me send you home. Saya bisa hantar sampai ke depan rumah. Kerna saya khuatir, dengan emosi nggak stabil begitu, mana bisa menunggang motosikal, bahaya..." Tapi aku bertegas aku boleh balik sendiri. Susah nak kuar carik tiket ape sume kalo takde Maikel.

Memule ingat mmg nak naik bas tapi terpk, takut lambat sampai pulak... Sampai terpk nak redah naik Maikel, tapi sure lagi lambat smpi. So, terpaksa call incik sayang gak. Aku call banyak2 kali dia tak angkat, aku pk, konfem dia jauh hati ngan aku ni sbb smlm, sbb tu tak pick up phone. Last2 aku call number ofis dia, baru dapat cakap. Soo, aku mintak dia hantar ke Kuantan. Dia terus ok2 je. Belum sempat incik sayang sampai, dalam pukul 2.30pm, Kak Da dah call ngan suara yg tersekat2, "Adik, Pok dah takde..." God knows... Betapa rasa terpukul sangat time tu no matter how much I've expected it... Menyesalnya tak balik Kuantan last week! Menyesal sangat!

Bile incik sayang sampai, dia kate dia kesal sangat sbb lambat pick up call aku memule tu, sbb tetinggal fon kat tingkat atas, dia time tu kat tingkat bawah.

So, kitorang bertolak dari sini lam pukul 3.00pm. Sepanjang perjalanan aku still composed lagi, stakat ngalir air mate gitu je. Dalam pukul 5.15pm dah sampai Kuantan.

Makin dekat ngan umah, makin dub dab dub dab jantung aku. Bile dah sampai dekat2 umah, then dah stat nampak deretan kereta yg parking sepanjang jalan ke rumah aku, the reality suddenly hits me n time tuh terus nangis sedu-sedu ah. Incik sayang nampak panik n nak parking pon kelam kabut dah dia. Adeih. Sedey banget... Pastu anak sedara aku, Kakak, datang kat kereta sambut aku. Dia kate semua orang risau ngan acceptance aku, tapi Alhamdulillah time tuh aku mmg dapat tahan dari nangis, aku dah nangis banyak2 sebelum turun kereta.

Bila masuk umah, ya Allah... Aku peluk mak aku, tapi dia tak nangis, nampak tenang n senyum je layan tetamu sumer. Ngam2 sampai tuh, ayah aku baru lepas dikapankan satu badan kecuali muka. Pakcik Bakar Posmen yg lead urusan haritu dah announce, "Anak2 dan sedara mara dah boleh cium arwah sekarang ye." So I was the first one to kiss him for the last time, trying hard to hold back my tears sebab aku taknak sakitkan ayah aku in any way. Aku tataula muka tahan nangis aku cemana tapi aku nampak abang ipar aku pandang semacam kat aku time tu. Yang aku ingat, aku dapat tahan air mata dari keluar tapi tetibe aku dapat dengar diri sendiri teresak, almost like a sudden hiccups. Dapat bayang cemana teresak-esak tapi tak keluar air mata? Macam, kita dapat kontrol perasaan kita, tapi badan kita couldn't hold it, so it let it out dalam bentuk esakan. Barulaa aku tau cemana rasa kehilangan orang tersayang time tu.

Time tu walaupun sedih, hati aku lapang, sebab nampak ayah aku macam ngah tidur je, ngan segaris senyuman kat bibir dia. Sangat menenangkan. Tak lama pastu aku nampak Abang Nuar yg happy-go-lucky sentiasa tu, tiba2 tersedu2 menangis tutup muke ngan lengan bile tengok ayah aku dibaringkan dalam kain kapan, pastu Kak Ani pulak nangis tersedu2 kat sebelah aku, diikuti ngan mak aku cakap, "Haih, apa nangis2 sangat nih... Tak baik... Dah sampai masa dia kan..." Tsk tsk.

Then, masa orang sembahyangkan, I've to rush for my jamak Zuhur n Asar kat umah Abang Mir kat rumah sebelah, Pakcik Bakar Posmen cakap lepas semayang jenazah boleh cium lagi sekali, aku ingat nak cium lagi sekalila. Tapi lepas smayang sumer, tengok2 ayah aku dah dibawa naik van jenazah ke kubur dah... Tapi at least tuh la, nasib baik aku sempat sampai n cium dia, sbb kalo naik bas, dalam pukul 6 petang paling awal kot baru sampai Kuantan. Ayah aku plak, selamat kebumi semua dalam pukul 6.30 petang tu. Alhamdulillah, sempat jugak... :"(

Kakak aku cite, as usual kalo ada orang meninggal kat area umah aku, akan ada announcement kat surau, and this time announcement tuh berbunyik lebey kurang camni: "Assalamualaikum. Bekas Imam kita, Imam Bakar, telah meninggal dunia sebentar tadi blablabla." Terharu sbb dia cakap, 'Bekas Imam KITA' tu, walaupun ayah aku dah lama tak jadik Imam sejak dia tak brape sihat.

Skang nih walaupun sedey sangat, tapi lebey kepada sedey sebab hilang seorang ayah, aku tak risau sangat pasal ayah aku dengan alam barunya, sbb aku yakin dia mati dalam keadaan yg baik. Dari cara Allah permudahkan segala2 urusan, dari stat dia nazak yg sangat sekejap je - sesak nafas sket then terus hembuskan nafas terakhir (walaupun rasa dah meninggal time kat rumah tapi tetap bawak ke hospital gak untuk confirmkan kematian); sampailaa ke urusan menguruskan jenazah yg sangat mudah dan pantas, macam dia dah tak sabar-sabar nak jumpa Pencipta dia :"(

Even 2, 3 hari sebelum meninggal, ayah aku mmg dah tak lalu makan, cuma minum je. Time tuh anak sedara aku dah terdetik kat hati dia, "Tokki ni kalo meninggal, mmg senang nak uruskan jenazah sbb perut dah kosong tadek makanan pe sume..." Mmg pon time mandikan jenazah tu, abang ipar aku kate tadek apa2 yg keluar bile tekan perut ayah aku.

Time dah siap kapan pon, ramai jiran/sedara mara yg tegur, "Eh, Pakcik Bakar senyum yek?" Muke dia time dah meninggal tuh lagi elok daripada time dia tido, atau time dia hidup, sebab ayah aku nih muke dia cam garang sket. Ada sorang makcik tu tanye anak sedara aku, "Kenapa Ummi (kakak aku) kulit gelap, padahal Wan ngan arwah Tokki kulit putih?". Anak sedara aku cakap, "Ishk mana ada, Tokki saya tu kulit gelap Makcik..." Hadeih... Subhanallah. Ni semua untuk pengajaran aku sendiri, sbb aku sedar betapa jauhnye aku kalo dibandingkan dengan dia...

Mmg kematian ayah aku banyak menginsafkan aku, buat aku pandang dunia dalam perspektif berbeza. Mmg kematian sesuatu yg pasti, dan mengingati kematian tuh boleh menghilangkan segala kelazatan dunia. Seriously aku cakap. Sbb selama ni somehow rasa kematian tu macam terlalu jauh je, nih bile dah jadik kat orang terdekat, baru rasa betapa dekatnya kematian dengan kita. Lain perasaan tu bile nak compare dengan kematian2 orang yg bukan family kita. Aku patut lebey banyak invest untuk dunia yg satu lagi yg permanent tuh daripada dunia skarang yg sangat temporary nih. Aku taknak bile aku mati nanti muke masam n menyusahkan keluarga nak uruskan. Dan paling penting, aku taknak jadik orang yg menghalang ayah aku dari masuk syurga sbb dosa-dosa aku sendiri :(

A Day or Two Later

Abang Napi aku sampai dari Arab. Bila tau je pasal ni, dia terus amek flight balik, padahal dia mmg plan nak balik Malaysia beberapa minggu lagi je sbb tunggu anak-anak cuti sekolah kat sana. Pastu kitorang ramai-ramai pergi kubur baca Yassin. Time nak balik, aku dengar Kak Da cakap, "Balik dulu ye Pok...". Rasa menusuk sangat. Aku pun cakap lam hati, "Adik balik dulu Pok..." Sedihnyaaa nak tinggal dia kat situ...

Tak lama pastu, Mak aku ajak kemas bilik Ayah. Dia kate, dia nak kemas elok-elok sbb orang kate, roh orang yg baru meninggal akan balik carik tempat tido dia n tengok ada tak orang-orang yang dia sayang. Memula dia akan balik kerap2, lama2, dia makin jauh, makin jauh. Sebab tu mak aku gagahkan gak tido kat bilik diorang walaupun kalo ikut hati, sedey sangat kalo tengok bilik tu, tapi mak aku cakap, "Nanti takut Pok balik, Pok tengok takde orang tido kat bilik dia...".

Kekadang lepas dari kuar bilik Ayah aku tu, aku nampak Mak aku tetibe terdiam n kesat air mata je. Kak Da, memule tu langsung taknak masuk, tapi last2 terpaksa masuk gak sbb nak tolong angkat tilam pergi jemur. Terus menangis pastu. Aku? Aku rasa aku yg paling tough, sempat mop2 lantai kat bilik Ayah aku tapi bile tengok barang-barang dia ya Allah... Sedeynye... Skang ni pun, imagine keadaan bilik dia pon bleh buat aku nangis dah... :"( Katil tpt dia baring yg dah kosong skarang, kalo dulu time aku nak balik KL lepas cuti kat Kuantan, aku akan kejutkan dia bangun tido sbb nak salam n nak peluk, n dia akan gopoh gapah bangun dari tido n terus duduk sbb nak salam ngan aku :"(. Pok yang sentiasa risau kalo aku tak cukup duit sbb kasik kat dia...

Today

Aku masih menangis almost setiap malam bila teringat kat dia. Kadang2 sengaja taknak layan ingatan pada dia n buat-buat lupa kat dia sbb takmo sedih. Rasa rindu sangat-sangat. Aku ada bawak balik 2 helai kain pelikat dia untuk aku peluk2 kalau rindu, tapi each time tengok rasa sebak sangat. So aku sorok je lam beg. Terbayang2 Ayah aku duduk kat kerusi coklat dia, dan lepas ni kalau aku balik Kuantan, dia dah takde kat situ. Masih rasa caya tak caya je ngan kejadian nih, rasa takleh terima je dia dah takkan ada dah... :(

Hidup dah berubah sedikit sebanyak. We will have tahlil on regular basis now. Setiap kali tahlil ni aku sentiasa terbayang masa kecik2 baru belajar sembahyang dulu, selalu ikut mak ngan ayah aku smayang skali. Pastu teringat zaman aku giler kat Incik Bear the ex-man dulu, and taknak balik rumah, Ayah aku ajak anak-anak dia ramai2 solat hajat nak lembutkan hati aku supaya balik... Now here I am, sembahyang ramai-ramai dan mendoakan untuk kesejahteraan dia pulak kat sana... :"( Family makin rapat sebab masing2 masih trauma dengan sebuah kehilangan. Rumah tu akan selamanya rasa ada satu ruang kosong. Kakak aku cakap kalo Mak aku pon meninggal, dia taknak duduk rumah tu dah. Patutla ramai orang tinggal rumah kat kampung dorang macam tu je, bkn sbb tak sayang, tapi i think they just can't bear with all the memories in the house.

Bila Ayah aku dah takde ni, barula aku rasa aku belajar banyak perkara dari dia. Masa dia ada, tak tau appreciate. Kadang-kadang kite terlepas pandang sikit kat Ayah kite sbb biasanya kite lebey banyak fokus kat mak kite. Kadang-kadang kite lupe jasa Ayah yg susah payah carik rezeki, walaupun kelihatan macam dia tak banyak involve ngan kehidupan seharian kita. Padahal, betapa penat lelahnya dia carik rezeki walaupun tak suke ngan keje ke, penat ke, terpaksa telan jugak sbb nak bagi anak2 makan.

Kadang-kadang bila Ayah kita dah tua dan tak communicate ngan kita macam orang lain, kita lupe dia dah spent berpuluh tahun carik rezeki nak bagi kita makan, sampai badan dia jadi lemah macam skarang. Kadang-kadang bila Ayah kita mudah marah bila dah tua ni, kita jadi marah semula dan fikir, kenapalaa nak marah-marah kat aku ni, padahal dia yang salah. Kita jadik lupa yang orang tua yang mudah marah tu laa yang banyak mengasihani dan bela kita dari time kita kecik sampai dah besar camni. Bila dia dah takde, kite sebenarnya dah tak kisah siapa yg salah siapa yg betul. Yang kita tau, kite just nak dia ada semula je.

The Father I Knew

Kak Da ngan Mak aku selalu cakap, aku 'anak Ayah aku', Kak Da 'anak Mak aku'. Time ayah aku selalu mudah marah sbb sakit dia nih, kakak2 aku jadik takut kalo nak tanya apa-apa kat Ayah aku, so diorang akan tolak aku suruh tanya, sbb dia kata aku pandai cakap ngan Ayah aku. Lagipun Ayah aku jarang sangat marah aku. Memang, sbb tu sesekali dia marah aku rasa benci sangat time tu, dah tak rasa dimanjakan je.

Haritu, bila rambut Ayah aku dah panjang sikit, mak aku cakap dah banyak kali Abang Nuar ajak pergi potong rambut tapi dia taknak. Bila aku tanye sekali je, "Adik potong rambut Pok ye?", dia terus angguk. Kalau dulu2 aku selalu pimpin dia pergi kedai rambut yg dekat rumah. Kuku kaki dia pon, dia tanak Mak aku yg potong sbb selalu terlajak. Slalu kat aku laa dia hulurkan pengepit kuku. Dia paling suka murtabak mini yg aku selalu buat. Mmg selalunya aku buat banyak2 yg frozen, dan dia, selagi ada, selagi tu laa dia akan tanye ada lagi tak? Sbb dia nak makan.

Ada satu hari tu Ayah aku merajuk dengan Abang Nuar, turun dari kereta Abang Nuar pastu suruh Abang Nuar tinggalkan dia kat situ, Abang Nuar suruh aku pujuk Ayah aku. Kejap je aku pujuk Ayah aku, Ayah aku terus dengar cakap n naik kereta Abang Nuar semula. Aku sayang Ayah aku tu walaupun aku degil n mudah marah bila dia marah aku... Betul aku sayang... :(

Bile aku finally balik dari Penang tu, adala dekat setahun Ayah aku taknak bercakap dengan aku kecuali penting sangat, sebab merajuk n marah. Mak aku cakap, "Bersyukur laa anak dah balik tu. Nak marah apa, padahal anak tu sama je macam dia, sama-sama keras kepala."

Ayah aku dulu tere mengukir, selalu ukir ayat Quran jadik hiasan. Tere tulisan khat, papan tanda surau kat umah aku tu, Ayah aku laa yg buat dulu. Perabot pon dia pandai buat, kalo meja, bukan yg jenis kaki patsegi tu je. Jenis yg terbentuk elok kaki dia. Dulu dia ada buat buai besar yg ada tpt sandar tu kat aku n gantung depan rumah, aku selalu tidur kat situ.

Dia jadik Imam kat surau start sumer orang lantik dia, aku ingat time tu, bile dia balik umah, Mak aku marah sbb tu tanggungjawab berat nak pikul dosa orang, tapi dia kate dia takleh elak. Time aku darjah 5, aku rajin gi surau time bulan puasa sbb ada can bleh main ngan geng2 laki. Diorang selalu cakap, "Kalo Ayah ko jadi imam, lamalaaa smayang, sbb dia selalu baca surah panjang-panjang." Sabarr je.

Ayah aku tu takla setegas mana, i mean takdela suruh aku pakai tudung labuh ke, atau marah kalo tak semayang right on time ke camtu, tapi tetapla tegur kalo pakai suar ketat sikit ataupun lambat sgt semayang. Tapi dia sendiri, mmg sentiasa semayang on time, dan stiap kali nak semayang dia akan mandi, kecuali Isyak.

Time bulan puasa, dia takkan kasik sesiapa pun bukak tv time siang. Kena puasa semua. Kalau dia masih larat dulu, dia takkan makan ayam yang beli sebarang. Dia akan beli kat pasar daripada orang yg dia mmg kenal n trust. Daging plak, dia takkan beli 'daging kotak', aku rasa daging importla kot daging kotak tu. Daging pon dia akan beli dari orang yg dia kenal jugak.

Sampaila dia dah tua dan dah banyak hilang ingatan ni, sifat dia yg satu tu tak ubah. Bile hidang makanan kat dia, dia akan tanya beli kat mana. So, nak beli dari yg kenal tu tak dapatla. Kitorang make sure beli dari pasar, atau dari kedai runcit yg konfem beli dari pasar, baru dia makan. Ayam dari pasaraya-pasaraya ni tak main, dia tak percaya. Certain2 makanan macam fishball ke, cincau ke, dia mmg marah kalo beli sbb dia kate cina buat. So, kene soroklaa kalo beli jugak termasuk ngan mak-mak aku pun subahat sekali T_T.

Dulu aku kekadang geram dengan sikap dia yg bagi aku terlalu particular nih, tapi skarang, bila aku tengok cara dia pergi, aku yakin Allah permudahkan urusan dia sbb cara hidup dia yg ni lah. Memangla tak semestinya kalo urusan kematian dia mudah, dia tu baik sangat, u may say, Allah je yg tau, tapi aku terasa macam tu. Yang penting sekali kena belajar dari semua yang baik ni dan ikut.

Aku tulis dah terlalu panjang dah. Terlalu banyak benda nak diluahkan, dan benda2 camni bukan boleh luah dengan bercakap ngan sumone je, sbb terlalu banyak. Blog nih je la yg takkan letih dengar aku bercerita. Haih, dah tadek Ayah dah rupenye aku ni.

Thanks for reading...



You know you love me!

XOXO, girlfriday

~~Schaheizy~~

7

Posted by gadis jumaat | Posted in

Smalam rasa nak melompat bintang n macam jerit tak lepas bile Kesayanganku (yeah gedix i knoee :P) komen kat lukisan gambar beliau yg aku upload to facebook . Seriously time ngah jenjalan kat public, rasa nak tampa muke sendiri sbb takleh tahan nak sengih sorang-sorang sbb teringat ayat-ayat chenta dia kat facebook aku. Yeah angau like dat .

Thanx, DEAR okkkkkkkk~ Angauuuuuuu~

So secara rasminya, profile kat henpon telah ditukar kepada +schaheizy+ sebagai menandakan bliaulah pojaan hatiku wuuu sungguh di langit ketujuhhh~~~~~~~~~~~

Then, pagi ni dapat lagi komen dari dia on my Wall! Nih aku copy-paste event yg berkaitan je dan menyahhhhkan segala komen pompuan2 lain:

Yeee mmg ramai yg mencemburui kite wakakaka! Dia cakap KITA ok, diulangi, KITA!

Hihihi. Giler dah pompuan ni...

Pastu, punyelaa tak sabar nak reply komen dia nih, tapiii demi nak kelihatan COOL, maka wat2 reply lambat padahal seminit bagaikan setahun tsk tsk. Dia tak tau aku refresh facebook 60 kali seminit demi melihat kalo2 dia ada apdet lain.. Koh koh.

Heeeee undescribable prasaan ini, sungguh manis nyam2 aaaangauuuu~ Yang paling bes, banyakkkk lagi orang komen kat facebook dia, tapi kat Scha Ashburn gak beliau dulukan.. Wakakaka. Mari perasan, mari? Dan utk mengelak sebarang unsur jeles dari kipas-kipas susah mati yg lain, bliau reply tu on my wall, instead of commenting to my comment on his wall. Takpe, awekmu ini ngertik :P.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sedikit sebanyak obsession ni wat ingatan aku divert sket daripada terlalu mengingati arwah ayah aku. Bukan aku nak lupekan dia, tapi tsk tsk cemana tah... Ada semacam kekosongan yg perlu diisi. Pastu, macam fobia lak time nak masuk waktu tido sebab... time tuh kepala nih tak bizi, semuanye jadik tenang, jadinye otomatik aku akan recap balik semua benda yg dah jadik, n of course laa segala kenangan ngan dia flashed before my eyes. Time tuh yg tak tahan sangat...

Kalo bleh tanak tido, tapi esok keje. Sudahnye, kol 3, 4 pagi baru lelap. Sampai bile ntah...




You know you love me!

XOXO, girlfriday

Semalam

1

Posted by gadis jumaat | Posted in

Smalam time ym ngan membe, dia cakap camni, "Tengok ko cam orait ja. Cam tak sedey pon."

Adoi statement... Cam aku ni hape je.. Hati luluh di dalam siapa yg tahu. Allah je tahu cemana rasanya. Especially time ngah sorang2 malam2 tuh, ya Allah... Teringat tahap tak hengat punya.

I mean, takkanlaa nak buat ayat sedey je setiap masa sebagai melambangkan aku tengah bersedey? Ko pon malas nak chat ngan aku nanti.

Tapi time2 camni, ko bleh tengok siapa kawan yg betul2 anggap ko kawan, yg support ko time hati ko rasa koyak-rabak camnih. Bukan nak mintak orang kesian, cuma nak rasa aku masih ada orang2 yg sayangkan aku lam life nih, sbb sangatlah rasa dah tak cukup kasih sayang skang nih, dah macam tadek apa-apa dah.

Aritu sembang2 ngan ija pasal hal tak berkenaan, tetibe dia wat ayat last: "Orang sayang anda.", cam tetibe je, wat aku terharu sangat... Aku tau dia maksudkan, dia sentiasa ada untuk aku... :"(

Sorang besfren time skolah menengah, yg pernah lost contact n lately kitorang dah keep in touch semula, ada cakap: "Luv u, always and forever." And that's more than enough aku rasa, i mean, ada ke lagi orang nak cakap 'love u' kat ko selain kekasih hati ko?? Tersentuh sangat hati aku, cam, aku ada ek kawan yg sayang kat aku camtu?

Incik sayang, jangan cakaplah... Sentiasa ada untuk aku time camnih. Thinking of him je pon dah buat mata aku bergenang. Banyak sangat sacrifices dia... Ngan orang lain aku bleh sembang gelak2 lagi tapi bile dengar suara dia je, terus rasa fragile sangat sbb aku leh let out segalanya kat dalam nih kat dia.

what would i do
in times that i miss you?
where would i go
in times when i long to see you again?
how must i spend
the nights without you?
how do i bear
each morning that you’re not there?
the days shall never be the same again
i will never be the same again
without you

- Loss of Loved One, Jocelyn Soriano


You know you love me!

XOXO, girlfriday

Am Still My Daddy's Little Girl

6

Posted by gadis jumaat | Posted in

Terlalu banyak yg aku kesalkan... Especially bile pk, aku belum cukup berbakti lagi pada my one and only Ayah. And to think of the last time I saw him, betul2 rasa nak lempang diri sendiri sbb tak manfaatkan masa tu... Time tuh aku kurang layan dia dan kurang layan sembang ngan dia time tu. Bodohnye! Bodohnye aku! Bodohnyeee! :"( Aku pilih untuk elak dari banyak bercakap dengan dia sebab takut kene marah, sbb dia mudah marah sejak dia sakit nih... And how would I know that will be the last time I saw him?? Adik mintak maaf, Pok... Adik mintak maaf... How I wish I could turn back time n peluk dia sepuasnya and tell him how much I love him and how much I appreciate his sacrifices to raise me up... Kenapa Adik tak boleh bersabar sikitt je lagi???

That was me wearing his wristwatch.

Last time aku jumpe dia was about 40 days before his death. Time tuh aku sempat potong rambut, shave misai n janggut dia, n sempat syampu kepala dia, n I'm really glad I did it... Aku bersyukur aku sempat urut badan dia dalam dua bulan sebelum dia meninggal pastu dia ada cakap, "Bila engkau balik nih, sedappp sikit rasa badan Pok...". Aku bersyukur sebab aku rasa kasih sangat kat dia setiap kali aku suap dia makan walaupun dia boleh suap sendiri. Aku bersyukur jugak aritu mak aku cakap, ayah aku macam terharu sebab aku selalu kasik duit kat dia time aku balik jumpa dia. Walaupun brape lama laa sangat aku sempat bagi duit kat dia, sebab aku pun baru keje setahun lebey :"(.

Ya Allah... It's hard to think that rindu dan sedey nih takkan hilang sampai bile-bile, dan takkan ada penawarnya.

And I have lost the only man who had loved me the most, unconditionally, for my whole life.


p/s: Aku nak cerita pasal kronologi kejadian haritu, tapi, tunggula dulu. Rasa tak bes je...

You know you love me!

XOXO, girlfriday

Futurama

3

Posted by gadis jumaat | Posted in

Meet The Parents
Ticker kat atas nih utk mengingatkan aku the date I'll meet his parents trr trr. Incik sayang dah banyak kali tanye, "Bila nak jumpa Abah?" So finally, aku set the day to be on my 17th birthday wakakaka as if. Kali ni aku tanak tangguh konon nak diet dulu sejak 18 tahun lepas (tapi umur baru 17 nih T_T), kali ni aku akan tetap jumpe walaupun aku amat gerun nak jumpe Pacik Bob tuh kot-kot kene rejek huwaaaa! So, dietlah stakat mana yg mampu dalam beberapa hari yang tinggal ni.

Aku tulis kat sini supaya aku tak kensel lagi utk jumpe parents dia n jadik malu sket kat diri sendiri sbb kalo kata nak diet kat diri sendiri je, balik2, "Oklaaa harini last makan banyak, sok diet." Tapi diriku dah dengar pepatah tuh sejak grad dari utp lagi T_T Takpe at least cuba okkk.

Meminjam kate one of the Biggest Loser contestants, "I know I'm cute, but I need to lose 20 pounds first."

Kerja Lagi
Tadek news lagi dari Company XXX yang sangat diharapkan tuh. Ada 2, 3 company lain yg aku apply gak tapi tadek news gak, n aku pun tak anticipate sangat. Skang tengah berpk secara serious, utk apply job yg luar KL. Bukan apa, tinggi sket chances utk dapat sbb tak ramai yg nak (kot).

Skali pk, ok carik je keje kontrak setahun ke 2 tahun ke kat mana2 luar kl utk kumpul duit banyak2. Dua kali pk, bleh saiko aku sesorang kat tempat yg aku tak biasa, then, mampu tak aku tahan bile jauh-jauh ngan incik sayang smula?

Maka dengan itu, kenselll tekan button 'submit' petang tadi utk apply for ABAP job kat Penang and kat HP Philippines, perghhh tinggi cita2! Bukan apa, aku rasa requirements dorang tuh fits my skills. Tapi aku masih pk2 lagi ni, macam nak give it a shot tapi arghhhhhh! Susahnyierr.

Yang lagi saiko bile tengok salary report kat jobstreet, I WAS UNDERPAID from the average salary other people with the same profile in jobstreet's database who are working in Selangor, were earning! Jobstreet siap tempek seketul smiley besar ngan muke masam lagi kat report tuh T_T. Yeah jobstreet feels me. Anyway, report tuh mengambil kire faktor berikut:

- A typical Junior Executive with a Bachelor's Degree in Computer Science/Information Technology;
- working in Consulting (IT, Science, Engineering & Technical) industry in Malaysia
- specializing in IT/Computer - Software

Check out yours today!

Anywayyyy, looking on the bright side, I was headhunted through jobstreet! First time nih, tu yg jakun sket. Serious slama nih akuuu je yg kene carik job yg berkenaan then 'apply for job' kan. This time dapat camnih:


Aku still pk gak ni, nak apply ke, nak reject ke, sbb kalo boleh tanak kuar line SAP, sayang wehhh. Job nih revolves around ERP gak, tapi dia tak gune SAP solutions, dia gune dorang punye product sendrik ke apetahhh aku blom paham lagi, tu yg tak apply2 lagi nih. Should I give it a go?

As usual, mula2 create post ingat nak taip sepatah dua kata je, last2 panjang jugak. T_T

Harini rasa semacam punye demotivated ngan keje skarang, rasa nak lariiii je. Tu yg entry agak bersimpang siur nih. Haih. Later eh...


You know you love me!

XOXO, girlfriday

Tentang Sebuah Objek Yang Seksi Banget

3

Posted by gadis jumaat | Posted in

See, Sam,
My boyfriend's jealous cause I talk about you 24/7
But he don't know you like I know you Sam, no one does
He don't know what it was like for people like us growin up
You gotta call me man, I'll be the biggest fan you'll ever lose
Sincerely yours, Scha -- P.S.
We should be together too

My tea's gone cold I'm wondering why...

Nih la kalau dah kapel dengan celebrity, mana-mana pergi pon orang sibuk nak amek gambar, owh mannn, kamek pasrah...

*************************************************

*nama dah ditwist supaya orang gugel nama dia tak sampai ke blog nih

I think I'm really falling for Schaheizy* Sam ... Since the day we met at Jalan Telawi and he asked for my number, and how since then we spent hours on the phone, most of the time, to talk about nothing at all! Aku kenal dia time orang belum kenal sangat ngan dia, yg orang kenal abang dia, Jep* AtoZ ngan kakak dia, Z-z Eezett*, and some knew Sam-z Fouzet* abang dia lagi sorang, tapi Schaheizy Sam came in late into the picture. And dia, as humble as he was, dia ingat aku tak tau dia pernah berlakon jugak, sampailaa aku cakap kat dia, aku prasan dia time dia berlakon cite Pai'e.

Dia nih muke bad boy giler kan? Tapi ekceli sopan santun je kalo time gayut ngan aku tuh. Dia selalu cakap aku ada sifat keibuan yg tinggi, yg buat dia rasa tenang, dan bila dia rasa serba berkecamuk tu dia akan sentiasa nak carik aku... Lalu dia pon membawa aku ke kamar...

Mandi... T_T

Panggg! Cukup berangan tu cukup! Jalan Telawi & keibuan wth... Melelehhh plak peminat2 seantero malaysia kalo bace blog aweks Schaheizy nih karang wakakakaka. Tak pun aku yg meleleh sebab kene cerai ngan incik sayang trr trr. Ailebiu tu (number 2) bang :P

Wahai Schaheizy Sam kesayanganku, Jep AtoZ pon tak se-menarik ko O0zi*, walaupun dulu ai head over heels gak ngan abangmu itu keh keh. Dari tengok lam Kasanova Ex Ex El lagi aku dah rasa perasaan berbunga2 setiap kali tengok dia hihi . Tapi lebih parah lepas tengok Jangan Pandang Belakang Congkak ngan incik sayang Sabtu lepas... Ya Allah cerita tuh lawak banget tahap lenguh dahhh rahang nak gelak, tolonglaa tengok. Dia kiutttttttttttttttttttttttttttttttt sangat lam cite tuh!

Sebelum tu siap mimpi lagi kat beliau...

Bile cite kat incik sayang, "Yangggg, orang siap mimpi kat Oozi* tauu!".

Incik sayang jawab, "Abisssss, dah siap edit gamba ngan diaa, mana tak mimpi...!" Merujuk kepada gamba di bawah. Yaa, nada jeles dikesan di situ!

Ni laa gambar tu

Time aku letak gamba di atas as profile pic kat facebook, aku TOTALLY FORGOT yg aku dah add Schaheizy* Sam himself kat facebook tu. Sekaaaaaali, smalam, tengok2 'Schaheizy* Sam accepted your friend request'! Pening bile membayangkan dia pk betapa ngengnye pompuan yg edit gamba ngan dia tuh aaaaaaa! Malu bangetttt! Maka terus delete gambar tuh dari facebook walaupun terlambat!

Kejadian nih mengingatkan aku taim dolu-dolu kat blog aku time aku sibuk superimpose gambar emmett n aku, tetibe sumone close to emmett masuk blog n siap tinggal komen sal gambar aku n emmett tu...

Oh btw, ada bace blog tipahvogue, dia kate si Schaheizy nih, amatlaaa soft spokennye. Besnye! Besnye!

Haihhhh. I just hope I could see him personally one day, pastu dapat sembang sehari suntuk pon jadiklaaa :P Dapat layan chat pon bes gak nih... Tapi bagaimanakah?

Lagu 'Keunggulan cintaaaa dari sinar mataaa yg bergeloraaaa' pon berkumandang...




You know you love me!

XOXO, girlfriday

Tag Itu Gaya

0

Posted by gadis jumaat | Posted in

(Walaupun soalan2 tag ini agak skema tapi aku layankan je demi kao cik shekin. :P)

Apa perasaan sekarang?

Perasaan sunggo nyiaman lepas pekena dua batang aiskrim malaysia nenas ngan asamboi, dan sunggo bahagia sebab esok cuti Agong brought backward dari hari Sabtu wiewww~

Saya nak makan :-
Char koay teow penang, cendol and air bunga (chrisanthemum) kat penang road slrrrpp :)~ Oh dan tak lupe juga, nasik kandaq lineeeee clear!

Saya tak suka :-
...dengan status diri ini yg masey bujang trang tang tang kehkeh obvious tatau nak tulis ape sbb banyak sangat nak listkan T_T

Impian saya :-
Ingin berkawen ngan incik bruang ujung taun ni atau awal taun depan dan mempunyai anak2 yg comel bangettt. Bunyi tak berwawasan je tapi itulah kebahagiaan bagiku.

Haiwan yang saya tidak suka :-
CICAK.

Saya harapkan :-
Gaji yang banyak giler supaya dapat kawen cepat. Sahhhh, aku mmg Ms Fine dalam The Nanny yang setiap masa ape yg dia pk cuma kawen dan kawen lagi. Haihhh.

Jika boleh diputarkan masa :-
Nak kensel order pizza petang tadi, wahha!

Untuk Pizza Hut online ordering, aku ada 2 account. Satu 'girlfriday' and satu 'girlfridayz'. Girlfriday gune alamat umah Gombak manakala girlfridayz gune alamat Kuantan, so dah bleh agak halatuju cerita ini seterusnye T_T. Aku ter-masuk account girlfridayz sbb tadi lapar giler main klik-klik je hoho.

Patutlaaa lepas sejam pon pizza tak sampai2 ingatkan bz ramai orang. T_T

Rupenye order pizza aku dah sampai ke Kuantan... Adoi. So calling2 akak bagitau pe sume, makan pree laa akak aku malam ni huhu. Dah rezeki beliau. Tapi tak kire, aku order lagi skali sbb tringin sangat dah nak makan pizza. :D

Saya pada 10 tahun akan datang :-
Seorang hot momma kepada 3 gojes children and a beloved wife to my handsome Dato' Beruang.

Handphone saya adalah sebuah :-
Kotak patsegi senget yg berfungsi sebagai pengerat silaturrahim antara aku ngan darlinggam, dan sebuah mini laptop untuk aku gugel benda2 emergency la sangat.

Saya pernah berchenta sebanyak :-
Huih soalan. 4x yg official. 2x yang betul2 head over heels.

Saya suka pada :-
Adoi soalan. Cuba specific sket. Nexttt!

Kawan-kawan saya :-
Tak ramai yang rapat sebab aku tak suke hang out sangat, hehe giler anti sosshel. Tapi takpe, dah selesa ngan this little circle of friends.

Pernah dikhianati?
Oh sudah pastiiii.

Apa yang anda hendak lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda?
Tadek ape pon, sebab aku pun dah tak ingat ape tahhh yg dikhianati keh2. This elephant forgets you noeeee! :-|

Tapi biasanye kalo aku hangen banget kat sumone, aku pk nak balas sejibik cam dia buat aku je.

. Senaraikan 8 orang untuk di tag :-
Ai tak biasa suruh2 orang wat tag nih, nanti dorang tanak wat, kecikkk plak atiku ini. :D

Okay, til you miss me again! Daaaa~



You know you love me!

XOXO, girlfriday

Chain All My Ankles To The Sky

0

Posted by gadis jumaat | Posted in

Adei! Betapa mengantuk dan stuck peringkat ke-18 dah! Saya putar lagi lagu Butterfingers - Delirium, untuk kali ke 18, Kieran! (Bes lagu ni, lama tak layannn!)

Aku masey di sini - Puncak Niaga. Ingatkan smalam dah dapat balik opish yg dah dekat sebulan aku tak balik tu. Tapi lepas client training last Friday, dapat lagi sebakul amendments perghh syabbas betta. Client pompuan biasala, setiap kali jumpe musti ada yg brubah punye. Tapi dia ok. Pastu ada gak aaa error yg menerbitkan diri sbb salah aku gak, unforeseen errors yg bile ramai2 test dgn macam2 senario aritu, barula nampak error kat mana...

Muke musti kontrol tenanggg bile duduk sebelah consultant .NET walaupun kepala berkecamuk di dalam siapa yg tau. Di samping itu, nak pose ngan baju Rozana yg dah lama didambakan, tapi rasanye pasni dah tak pakai sbb baju ni sesuai utk orang kerempeng je dan bukan badan voluptuous cam gwe ni wakakaka gelak dengki!

Sooo, kelmarin boss German aku suda datang n bincang2 ngan client tuh. Ended up boss aku cakap, dia kene charge dorang for at least 3 days, sbb requirements dorang dah wayyy different than ape yg dorang requested initially. Sblm ni free sbb dalam support phase, tapi nih, dah banyak customization sangat kan. So at least pasnih kalo dorang nak suruh ubah itu ini, mungkinlaa akan berpk 14 kali dulu sbb sehari aku kat sini bersamaan 1k+ dorang kene charge. Keh keh gelak evil.

Seterusnye, citer miscellanous bergambar.


Wiken lepas buat strawberry trifle sbb sangat tergoda tengok gambar bendalah ni dalam blog mak Hanis Zalikha, tapi malangnye aku tadek mangkuk casserole, sooo, pakai tupperware je demi mengamalkan konsep wasatiah!

Benda yg aku tampal kat Maikel nih mengundang komentar seperti di bawah ini daripada one of the Polis Bantuans aka Pak Gad kat Syabas nih:

"Betul ke yg tampal kat motor tuh?? Ramai dahhhh interested nak hantar payslip tadi, kitorang ingat nak lekatkan kat situ kitorang punye payslip. Hehehe."

Sejak tu kalo aku bertembung ngan Pak Gad tuh kat memana, musti dia dari jauh dah gelak cam nak kene lempang je! Haha sabaaaa je!

Last skali, layannnn je gambar kucen kesayangan aku tengah tido!


"Nyamannyierrr!"

Oh! Sebenarnye stat nak taip blog tadi sbb ingin memuntahkan rasa cuak kene roadblock polis tadi dalam pukul 10 am lebey huwaaaa! Aku kan slalu pegi lewat. Aku ada cakap tak, Maikel tu still under nama membe aku, so, bile kete dia kene saman, ngan moto2 aku skali takleh renew roadtax! So, aku bawak moto ke hulu hilir sejak bulan 1 aritu dengan roadtax mati laa. Adoi.

Aku dah cakap kat membe aku, dia kate nak bayar tapi tak bayar2 lagi. Aku ada offer nak dulukan duit aku tapi dia beriya tolak, so fine lah. Alih2, dah 5 bulan bertangguh ni. Aku segan nak ingat2kan dia lagi, just harap sekarang nih, 'edah' kete dia cepatttla sampai, so dat dia kene bayar saman in order to renew her roadtax... Skian trimas kasssis.

Ok sambung crite roadblock tuh, nih sume happening at laluan motosikal federal hiway tuh. Ngam2 kat satu selekoh dah dekat2 Shah Alam, tetibe polis block jalan then suruh sumer moto park kat tepi jalan. Hadoiiiii cuak jangan cakaplaa time tu, ketar lutut buah pinggang pe sume sbb takut Maikel ngan haku-haku skali kene angkut naik lori polis huwaaaa tapi kontrol muke tak bersalah haa amek taip ayat panjang2 sederet cam Jep wakakaka.

Time ngah tunggu giliran kene cek ic/lesen/roadtax tuh, aku tetibe dengar polis belakang aku panggil, "Dik, dik." KONPEM AKU DAH TAK SELAMAT NIHHHHH!!

"Ye?", aku tanye bliau.

"Adik jalan je terus."

Skali dia suruh aku blah bebb! Just imagine, what are the odds that sumone yg dah kene tahan utk roadblock tetibe polis suruh blah sebelum check ape2?? Giler laaaa. Aku rasa sbb nampak jelas aku pakai baju keje kot. Giler bernasib baik aku laa. Maha Suci Allah yg selamatkan aku. Mmg boleh kate tetiap kali naik Maikel aku doa kat Dia, selamatkanla aku dari roadblock and the likes sbb aku niat btol2 nak pergi kerja, bukan nak bersuka ria. Lainlaa kalo aku tetibe gi disko ke, mmg patutlaa aku kene tahan pon tsk tsk.

Ini dah second time aku lepas roadblock since tadek roadtax nih. Few weeks before, polis tu mmg kat tepi jalan tapi dia tak suruh aku berenti pun, dia tenunggg je muke aku, aku pun tenunglaa balik. Dalam hati dah siap baca satu al-mathurat dahhhh glabah punye pasal, akhirnye slamattt gak. Semua gerak hati polis tuh, Allah gak yg tentukan. MasyaAllah.

Okeh, gitulaa liku2 hidup yg aku harungi slama aku diam nih cewahhh. Pasal kerja, aku dah rileks je tak beriya carik keje lain pon, tunggu company XXX tuh je ngan some other unsolicited applications yg aku anta kat kompeni lain.

Aku bertahan je dulu, takmo risau sangat ngan kegawatan nih, Allah ada kalau aku susah nanti, rezeki aku bukan kat tangan orang lain, lagipun at least aku masih ada job skarang nih unlike orang lain yg jauhh lagi susah dari aku, nak makan pun susah... Cuba layan artikel pasal isu gawat nih, tersentuh sangat hati aku yg banyak whining tentang nasib diri sendiri yg tak seberapa nih... Orang lain tadek duit sampai tahap kene kasik anak kecik minum susu tin F&N je tsk tsk...

Til then, dari aku yg tercungap2 di tempat orang nih...


You know you love me!

XOXO, girlfriday