Thanx Stranger!

7

Posted by gadis jumaat | Posted in

Kembali bersiaran ketika mood di paras zero...

Terasa nak lari semula laa weyy dari kompeni ni... Seminggu dua tiga minggu lepas dah rasa2 cam berjaya pujuk diri sendiri untuk pasrah je keje kat sini. Tapi skarang ni dah trasa ingin blah semula weyyy. Memana pun tetaplaa keje kan, tapi what I'm really looking for is, somewhere yg boleh kasik aku internal satisfaction, where my heart is at rest.

Maybe bukan sebab company, maybe sebab project skarang ni. Yang project manager dia cam tak recognize aku je, wat nampak tak nampak je. Kawan-kawan rapat pon dah ramai takde. Sbb tu kot yg paling tak bes... Dulu sama2 tak tau, soo tak la cuak sangat. Skarang kalau tak tau cemana? Sape nak paham? Skarang ni, ABAPer yg sama intake ngn aku tinggal aku sorang je out of 6 orang! Cemana aku baru prasan ni? 3 orang dah retrenched, 2 orang dah resigned, tinggalla 1 orang budak hitam ni ngeee

Looking into the past, I'm one of those who was really a risk taker. Aku apply balik oversea walaupun belum sure dapat masuk uni mana. Aku pergi Penang walaupun duit berapa puluh je dalam tangan, then gamble je walaupun belum dapat keje kat mana-mana. So now I'm thinking, patut ke aku just tender resignation with the hope that I'll be more serious in jobhunting? Or is it plain stupid? I know that is seriously risky. Tapi selagi aku keje kat sini, aku jadik malas nak apply memana dah niii.

Huh. Pening baitu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malam tadi sampai dari Kuantan dalam pukul 1.30 pagi camtu. As usual bas tu tak brenti kat Greenwood! Geram betul. Dia benti seblah Duke hiway yg sunyi tuh, sooo sampai sudah aku tak dapat teksi. Aku tak sampai hati nak call incik sayang atau ex-housemate aku walaupun dorang sentiasa je ok, n suruh kasiktau bebile je kalo nak mintak amek.

Being me, aku selagi boleh usaha sendiri, selagi boleh tanak nyusahkan orang. So malam tadi, aku jalan kaki aa menyusur hiway tu dengan tarik beg rodanye, tapi awal2 perjalanan tu dah 'pagar' diri sendiri ngan ayat qursi supaya tak kena ragut ke ape ke wuuu. Bajet2 lam 15-20 minit leh sampai kalo jalan kaki ni, sbb malam2 tak terasa penat, cuma takut je sikit.

So time nak melintas hiway tu, konpem laa banyak kete sudah hon-hon, malu jgn cakap aa. Tapi akak pasrah je menghayun langkah. Pastu nak lalu jalan short cut tu tapi satu anjing hitam sudah menyalak2 tak bagi lalu situ huwaaaa. So amek backstreet satu ni yg banyak kilang2, tapi rupenye lagi ramai anjing yg menanti. Huwaaa lagi, apelaaa malang nasib!

Anjing: Bukan wajah sebenar.
source: http://bbcatlover.blogspot.com

Anjing menyalak tahap 2 meter je dari aku, tapi nak wat cemana? Takkan nak lari? Kalo lari konpem laa anjing keja. Bile aku jalan, dia ikut jalan gak sambil menyalak. Menggeletar nak nangis jgn cakap... Tapi berlakon wat muke hero je padahalllllll! Anjing ramai je tunggu sepanjang perjalanan!

Tidak lama kemudian, tetibe ada sinar harapan dari sebuah kereta masuk ke backstreet yg aku lalu tu. Tetibe dia stop seblah, cakap, "Nak pegi ke mana ni? Bahaya kat sini..." Aku tolak sekali, tapi pastu terus accept bile pk, kalo mati kene gigit anjing kang, susahhh orang nak urus mayat aku wuwuuu.

Anjing: Lebey kurang wajah sebenar

Gamble lagiii naik ngan mamat melayu tu. Aku tanye dia, dia nak gi mana lalu kat lorong ni? (Sbb rupenye lorong tu lorong mati . Kalo tak tumpang dia, sah2 aku kene patah balik ngadap anjing2 tu ) Dia kate, "Tak prasan saya tadi? Saya dah nampak awak lintas malam-malam, sbb tu saya datang balik. Bahaya kat sini..."

Ting! Aku terus teringat time lintas tadi, mmg ada satu kete yg hon few times then bunyik kete dia bising giler bajet sporty, aku rasa ni kete yg sama aa sbb mmg bising pon. Tapi baik giler aa siap u-turn jauh tuuu nak carik aku smula.

Sooo, dia antar aku balik ke rumah dengan selamatnya, langsung takde unsur2 amek kesempatan, hatta mintak nombor telefon pon tak, seperti kebiasaan lelaki adanya bile dah kasik pertolongan.

Tapi adalaa gak sedikit rasa keloseran bagi pihak aku di situ ha ha ha.

Tapi kalo dia mintak number pon, aku jadik tak respek pulak ngan dia kan? Ngeee talking about what women REALLY want.

Ape2pun tak kisahlaa, janji he was my saviour of the night, dari najis2 mughallazah yg bising bangettt tu!



You know you love me!

Family First!

0

Posted by gadis jumaat | Posted in

Belum apa2 lagi dah rasa tertekan nak menghadapi hari raya ni! Rasa nak melarikan diri ke Uganda sattt takyah mengadap bebudak ni nak kasik duit raye huahuahua!

Bajet sangat2 lari bulan ni. Boleh je tak kasik duit raye kat anak2 sedara aku yg ramai tu, atau kasik duit raye sikit, tapi kenala tahan telinga berdesing ngan abang aku, cakap aku gaji ribu2 tapi kedekut. Aaaaa geramnye. Dia ingat banyak keee gaji tu. Cukup makan je hokey!

Housemate dah selamat pindah rumah baru hari Khamis lepas, tu yg aku kelam kabut carik peti ais nk isi barang2 aku. Penat dahh aku carik yg 2nd hand kat mudah.my, tapi transportation sendiri laa pulak. So last2, i opted for a mini bar dekat giant je, tu pun dah dekat $400 T_T. So kalo minibar tu, letak lam bilik je laa.

Yang sedeynye bile housemate ulang2 cakap: "Kak Sya, rugiii je beli minibar tu, alaa baik beli yg satu pintu tu baru 500 lebey."

Ataupun bile aku share pasal iklan peti ais yg bes2 kat mudah.my tu, musti dia cakap, "Kak Sya jgnla beli sekenhen! Nanti rosak ape sume, nanti gas dia takde ke ape, blablabla...

Certain orang tak pk kot betapa berbezanya dekat 400 tu dengan 500 lebey kot. Lagi satu, siapalaaa nak sangat kat sekenhen kalo dia mampu beli yg baru kan? Siapa yg nak? Siapa yg taknak barang berkualiti? Siapa yg tak rasa rugi dengan harga camtu? Masalahnye tak mampu laaaaaa bnyk komitmen lainnnn. Hoh penat aku explain kat dia, tapi balik2 dia ulang yg sama je.

Macam sekali tu aku pernah baca forum pasal, ada sorang mamat tu komen, rugi je beli swift, baik beli cooper terus, swift tadek itu ini, cooper ada macam2. Hoh. Abih dia ingat beza swift ngan cooper seribu dua kaa?? Certain orang yg dah berduit yg dah kaya raya ni, kadang2 dah tak tau nilai duit laa, I must say. Just because dia mampu fork out segerombolan duit utk cooper dia tu, doesn't mean orang lain pon sama.

Betulkan maikel pun dah $200 aritu. Tolak maintenance bulanan hitu hini tinggal berapa sen je kat tangan aku ni ngee. Harap2 adalaa duit tersesat jadik rezeki aku untuk kaver bulan ni, amin!


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Petang tadi pergi rumah Kak Ni, pastu ngan eksaitednye aku nak tunjuk gambar yg aku amek ngan mak incik sayang tu. Sekali kakni cakap, "Yang gambar dalam henset tu? Dah tengok dahhhh, Aju tunjuk!" Ahahaha anti climax tau aju ni, rupenye dia yg terlebey eksaited, dah tunjuk siap2 kat Kak Ni ngan Kak Da sbb aku mms dia sorang je aritu. Hoho.

Kak Ni tanya, "Ayah dia cemana, ok?"

Aku cakap, "Okay je ngan orang. Tapi sebenarnye agak garang laa dia tu."

"Garang kat sape? Garang kat Adik ke?"

"Garang kat anak dia la..."

"Oooh... Kak Ni selalu rasa, adik mesti dapat Pak Mentua yg baikkkk sangat pastu sayanggg sangat kat Adik nanti..."

"Aik, kenapa??", aku tanye.

"Sebab Adik kan banyak jage Pok dulu. So Kak Ni selalu rasa, mesti adik dapat Pak Mentua yg baik sangat kat Adik nanti.", Kak Ni explain. Aku masih tak tangkap maksud dia. Apa kaitan jage Pok ngan dpt pak mentua yg baik lak kan?

"Ooo, maksudnye sbb adik dah biasa jaga orang tua, so nanti takde problem nak jaga ayah dia jugak?", aku tanye.

"Bukan macam tu. Macam ni, macam Kak Ni dulu, masa muda2, setiap kali Pok bawak balik ikan, kulit ikan tu selalu keras2 sampai sakit tangan nak menyiang, dengan sisik nye lagi. Balik2 Kak Ni yg selalu kena siang. Bila dah kawen ni, setiap kali Abang Mid bawak balik ikan besar2 yg susah nak siang, dia tolong siangkan siap-siap... Kak Ni takyah buat ape dah... Alhamdulillah dapat pulak laki camtu."

"Maknanye, dalam hidup kite ni, setiap apa yg kite buat tu, akan ada balasan dari Allah. Walau siang ikan tu nampak remeh kan, tapi Kak Ni perasan sangat, mmg Allah ringankan beban Kak Ni. Macam tu gak ngan Adik."

Adoiiii... Sampai tahap tu dah rasa bergenang pulak mata aku. Aku just cakap, "Yeke camtu Kak Ni..."

"Tak payah laa yeke ke ape. Aminkan je.", Kak Ni cakap. Huhu betoi, betoi... Aminnnn. Harapnye mmg begitulah adanya :)

Okay, masa untuk tido. Since puasa ni rasa cepat mengantuk plak. Aku balik kl ari selasa, sbb isnin tiket mmg dah tadek langsung padahal aku dah awal2 cari tiket ngeeee. Next week long wiken lagi sempena nuzul quran, dan aku akan balik kuantan lagi!

Seronok! :D






You know you love me!

Abdul Mangkuk

5

Posted by gadis jumaat | Posted in

Maikel kelmarin ditemui dalam keadaan masey belum cacat anggota :D

Kelmarin terpaksa call ABDUL KARIM gak sbb number2 lain yg tampal kat tiang jejambat tuh dah tadek lam perkhidmatan laa tak angkat laa ape laa. Dia cakap anak buah dia dah otw, tapi dah tunggu sejam camtu tak sampai2 gak!! Dahlaa setiap kali tepon, nak letak cepat2! Gerammmmm!

Setelah setaun menanti, anak buah Abdul Mangkuk tak sampai2 gak.

Yee, gambar tangan lagi. Geram bile nk amek gamba dia je, statlaaa buat muke alien dia tu. So silelah imagine je muke dia cemana daripada gambar lengan yg patik kepilkan ni ye T_T. Scary giler parking teksi kunen incik sayang tepi hiway camni. Sumer laju tak hengat tsk tsk.

So last2 pegi carik bengkel berdekatan (jauh ekceli), bebudak tu pun pegi ngan motor diorang pastu bawak motor aku dengan cara 'menompang kaki' bawak ke bengkel. Ting tong ting tong, kene charge $195 wahaha there goes my budget for baju raye cun this year!

Mmg seperti diorang duga, belt tu yg putus. Legeee... At least bukan sbb engine ke ape. Ada laa mende2 lain yg rosak, cam terhakis gitu, so tukar terus laa. Dalam kes aku ni, belt tu bukan setakat putus - dia dah 'berderai cam jerami', to quote ayat incik sayang :D Adik bengkel tu cakap, "Belt skuter ni macam rantai moto jugak, kene service. Dalam 10k camtu, orang biasa tukar baru." Aku ooooo je laa sbb dari utp sejak 2 tahun lepas taknah tukar pun (-_-")

Soooo, smlm aku gi ameklaa moto tu kat area Kampung Sungai Ara, kelmarin tu tak laratttt tengok muke incik sayang yg dah bagi reaksi muke pelbagai sbb dahaga n penat sangat menunggu tetengah panas. Walaupun dia kate issokayyy issokayyy, tapi ishk2. Sian sangat dia, aku tak pose takpe... So aku ajaklaa dia balik je, lagipun aku lupe bawak helmet. Dari pagi keluar sampai pukul 3 tak setel2. So mari kite chow. Tinggal je maikel kat bengkel.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku tak apdet2 sal kompeni uk tu kan? Haaa konpem tak dapatlaa kirenye tu, walaupun agent tu tadek call pun, walaupun yo-yo je janji nak call aku bagitau dapat ke tak. Chait. Bukan rezekiku dah tu... :( Aku sangat terasa diaorang tak hire aku sbb dia ada cakap camni, "My only concern is that, u said ideally you would be working in an end-user environment. Because our company is a consultancy company."

Sebelum tu dia tanye, "Ideally, where would you be working at?"

Pastu aku ada la justify cakap, "Yeah I know this is a consultancy company, but Malaysian office is for support only right? I am ok with support."

So berdasarkan tele-conference interview di atas, hatiku kuat mengatakan yg aku tak dapat that job sbb diorang risau i don't have the passion for consultancy business. Alaaa aku ekceli flexible je, i mean dah dia tanye 'ideal' cemana kan, aku jawablaa end user, sbb pk bile dah kawen nanti takyah travel2 mengikut office client kat mana kan, macam consultancy. Hadei terlajak kata buruk padahnye...

Ok btw, here's a tip yg aku terbaca somewhere, tapi malangnye dah lepas interview baru terbaca.

Kan biasanya interviewer akan tanya, "Do you have any question?"

Sile jawab camni, "Yes, can I have this job? Because I really think I could do well here!" Bammm, laki yg jawab soklan ni terus dapat job tu. Sbb it's catchy, n dorang terus nampak how badly we want the job. Sile try ye lenkali ;)

Wokey, today Aju n Kak Da datang shopping2 sket then kidnap aku balik Kuantan cuti merdeka. Yezz! Mariiiiiiiii ikut kami!



You know you love me!

Oh Maikel! (Bukan Jeksen)

1

Posted by gadis jumaat | Posted in

Smalam, dah laaa punye malas nak pergi client kat Shah Alam tu, sbb aku kan dah dengan projek Kongpoh. Tapi memandangkan client suda call n sms n email bertalu-talu, maka terpaksa pegi laa jugak, sbb yg lain tolak2 je kat aku, and CFO pon buat diam je bile client email dia. So okkkk fineee aku pegi.

Lagi satu aku malas sikit nak gi Puncak Niaga ni sbb memikirkan Encik Maikel tu ada satu macam rasa tak bes dia bila aku bawak skarang, macam semput kekadang. Bunyi pon dah tak macam dulu, macam bunyik pecah gitu. Nak naik public transport sangattttlah leceh dari Gombak - Shah Alam ni. Kena naik skuter - lrt - komuter - teksi. Ngeee. Gi kongpoh tadek problem, sbb gi ngan housemate aku ngan kete dia tiap2 hari sekarang, kebetulan sama projek.

Sooooo, smalam ape yg aku risaukan dah jadik. Dah rasa semacam, sbb bile aku nak accelerate, dia macam reluctant, so aku terpaksa bawak dalam 80 camtu je. Tetibe time ngah menikmati perjalanan kat highway tu dengan jayanya, dia jadik makin slow then last2 tanak gerak. Engine tak mati pon. Tapi dia taknak gerak haha how random is thatt. Makaaa tersadailaa aku tepi hiway tu sorang-sorang. Wuuu.

Nasib baik ngam2 bawah jejantas yg dia lukis gambar payung tu, so agak selamat aah. Nak tolak bahaya, sbb hiway tuh sumer laju, pastu jauh dari kedai2 ke ape. Bnyk nombor 'repair moto' or 'tayar pancit' kat tiang jejantas tu, so aku call laa salah seorang tu yg bernama ABDUL KARIM.

"Hello, boleh saya cakap dengan Abdul Karim?", aku tanye sbb dengar suara orang yg angkat tu cam suara seorang makcik tua T_T

"Yaa, bercakap."

"Moto saya, rosak ni kat tepi highway, boleh datang tak?"

"Dekat highway mana?"

"Erk saya tak sure la pulak. Ape aaaa. Banyak tempat ke encik tampal iklan ni?"

"Highway ada banyak... Federal? PLUS? NKVE?" Cehhh, dia ignore soalan beta ye.

"Aaaa, jap ngah pk, saya tau ni, tapi saya tak sure-"

"Okay, tanye dulu orang lain, tu hiway ape, pasni call saya balik."

"Tapi sini tadek orang-", blom sempat aku abiskan ayat, zassss, dia terus letak fon! Alhangennyierrr! Mana ada orang lepak2 tepi hiway woiiii! Hampehhhh!

Yang aku pun, panic punye pasal, boleh terlupe lakkk hiway ape??? Lempang diri sendiri laj-laju! Dok teringat PLUS tapi rasa macam salah. Seminit kemudian baru teringat NKVE!!! AAAAAAAAAAAAA geram ngan memory ni yg makin teruk ke hape ke banyak makan semut ke banyak ngintai orang mandi ke ape aaaaaa! Tapi mebi gak tak ingat sbb aku nih jenis tau jalan tapi nama2 sumer ni aku tak amek port, lagipun ni bukan jalan gi opis cam biasa, ni jalan ke opis client! Fuhhh trying so hard to justify myself! T_T

Soooo, last2 aku tinggal je moto tu kat bawah jejantas tu SAMPAI SEKARANG sbb malas nak pk sbb rasa serabut semacam, yg aku tau, nak sampai Puncak Niaga je n setelkan issue dorang. Sooo, aku mintak housemateeee gak dari Kongpoh tolong amekkan aku, then kitorang sama2 gi Puncak Niaga, then issue setel lam kol 4, chow semula ke Kongpoh. Ngeee.

Smalam pening pk sal ni, takkan nak sewa lori sbb lori mahal sangat. Nak tolak susah. Nak panggil orang bengkel, biasanya dia tak layan datang2 ni huwaaa. So aku jadik malas pk. Time incik sayang risau2 petang smalam n call aku, aku jadik ter-moody lak sbb seriously, aku takleh multitasking pk sal moto rosaknye, dengan rumahnye yg bakal kosong sbb housemate yg baik giler dah nak pindah Khamis ni, dengan umah yg dah tadek peti ngan mesin basuh, dengan kerja opis lagi. Time2 camnih mulalaa rasa nak dekat ngan family, where such things will be taken care of and I won't have to worry! :"(

Tapi malam tu before nak tido, aku cakap kat incik sayang, "Yang... Orang teringat laa kat moto orang..." Ceh padahal petang tadi dia gak yg tanak diskas sbb moody. Ngee.

"Tulaa... B pun teringat ni! Esok kite pegi carik orang bengkel ye..." Huhu terharu bangettt.

Lately nampak sangat kasey sayang dia kat aku :") Dulu mmg dia cakap dia sayang gak, tapi macam hesitate sket, macam tak lepas. Maybe sbb selalu gado, so dia jadik insecure kot. Laki pon akan rasa gitu what. Mereka juga takut2 nak kasik chenta sepenuh hati sebab takut dilukai. Eceh. Skang nih, dia bagi tak agak-agak dah hahahaa. Dia dah banyak berubah for the better, and aku pun rasa aku sama, it's mutual. Skang dah bleh kontrol amaroh, takdelaa time tensen je terus mintak putus cam dulu, tsk tsk. Jiwa mudaa...

Malam tadi dia cakap, "Taktaulaa B jadi cemana kalo takde yayang... Jangan tinggalkan B tau...", aku cam omg, dia taknah cakap camni, bayangkan this is coming from someone yg rock uuu tahap nyanyi lagu2 hantu tak-jelas-biji-butirnya pastu beraksi ganas di atas pentas. Kalaulaa dia tak kisah aku tempek link utube dia time dia perform aritu (ke, tak kisah? :P).... Ohhh dan ooohhh lagiii...

Soooo, nih aku ngah tunggu dia datang, nak tengok maikel ada lagi tak bawah jejantas, ataupun dah cacat anggota ke ape. Wuuuuu sayang maikel tu! Walaupun ada problem tsk tsk.

Gotta go!


You know you love me!

Berbuka Denganmu, Pasti Lebih Baik!

3

Posted by gadis jumaat | Posted in

Seronokkkk sangat smalam pegi umah parents incik sayang lagi! :)))

Hajat di hati nak gi ke sana time minggu puasa ke 3, sbb minggu 1st ni tak pose, minggu 2nd nak balik kuantan, so minggu ke 3 aaa kan. Skalik ari sabtu kelmarin, incik sayang call gelak2 cakap, "Yang, abah tanya lagi bile yayang nak datang. Dia risau yayang bukak sorang2. Tadek topik lain dahhh dia nak cakap, dia dah berkenan laaaaa kat menantu dia tu. Hihi."

"B dah cakap dahh yayang ada kampung, nak balik kampung next week. Tapi Abah tanya lagi, minggu depan Sya***** datang tak? Kalau tak datang, Abah balik kampungla."

"Olooo, sian pulak dia. Ok laa, yayang datang esok je bleh? Tapi make sure dia tau yyg tak pose, nanti kang cam poyo lakk datang bukak pose skali padahal tak pose."

"Okay2. (Tak lama pastu) Abah n mak cakap, 'Alaa... Ajak je dia datang, tak apa..."

Hihi ye, takpe, saya mmg tak malu datang bukak pose umah orang time tak pose :D

Aku sempat buat popia inti sadin campo tauge n carrot untuk bawak, pastu plan nk goreng kat umah incik sayang ah. Sampai2 ayah dia ngan kopek buah kelapa. Mak dia buat roti bakar - ala2 macaroni bakar ni tapi guna roti lapis2kan ngan daging beger cincang nyam nyamm!

Aku lega sgt sbb family dia jenis terbuka sangat terima aku. Adik dia, aku dah kenal 5 tawun lepas sejak awal berchenta lagi, so tadak problem sangat kot. Lagipun akakkkk jugak yg bakal jadi the only kakak dia nanti wahha!

Mak dia, ya Allah sangatlaa keibuan, very good listener, sgt understanding, senang laa pendek kata. Or at least itulaa yg aku rasa. Dia tuh jenis selalu usaha buat kite sentiasa rasa selesa, macam, aku goreng popia, kulit popia jadik lembik sbb letak dalam tupperware, so bile goreng dia pecah2 tau. So dia cakap, "Alaa takpe, api dapur tu mmg kuat sikit, itu yg pecah tu. Comel je ye, gulung popia kecik2." Pastu dia hulur bancuhan tepung suruh aku salut popia tu, biar dia tak pecah. Bila aku risau popia rasa tak bes, dia kata, "Alaa, dah ok sangat tu. Jadik resepi baru kan! Haha!" Haha tengok? Betapa optimis takkkkk bakal MIL ai :D sengih banggeee.

Pastu siap ulur selipar kat kaki aku suruh aku pakai kat dapo, ai mean bukan setakat tunjuk "Tu selipar, pakai laa." Nononono, ni siap bawak selipar ke kaki aku :"). Pastu tengok aku makan roti bakar ngan sudu, dia bangun amekkan garpu untuk aku. Sepanjang bukak pose tu, aku nampak dia makan gitu-gitu je sbb punyelaa risau aku tak cukup itu ini. Alahaiiii ibu mertuaku. Tsk tsk. Bagaikan puteri kisah khayalan rasanye! Ehhh over over. :P

Oh itu tak masuk lagi pasal dia 18x cakap, "Duduk je, takyah buat apa-apa, penat tuuu." Hahaha penatlaaa sangattt T_T. Dia tak tau aku dah tegok air banyak2 n dah makan roti telur b4 datang tadi. Hoho.

Topik seterusnya yg ditunggu2 ramai adalah AYAH DIA. Ngahaha yoooo lah tu topik ditunggu ramai! Bukan ape, aku cuak nak datang umah dia dulu sbb ayah dia aa ekceli. Still am! Tapi smalam rasa cam kelakar lak. Cemana nak cakap tah. Ok skang bayangkan muke ayah dia jenis garang, susah nak senyum, serious dan sewaktu dengannya.

Ada skali tu time aku dah siap2 goreng popia, dia usha2 atas meja n tengok popia aku. Pastu jussst before dia nak berlalu tu, dia cakap, "Hmmmmm. Dah boleh laaa ni!" Pastu muke dia cam tahan senyum! Tak tahan okkkkk! Rasa nak gelak guling-guling tengok orang serious camtu bleh usik2 aku camtu wahha!

Pastu lepas berbuka tu, aku nampak dia makan ubat. Aku tanye, "Ubat ape tu Pakcik?" Dia kate, "Ooo, ni, ubat ni bile kite makan, dia menguatkan sistem saraf* (yang ni dia sebut satu technical term yg aku tak paham, tapi maksud lebey kurang camtu aaaa)", ngan muke serious. Pastu bile nampak aku blur2, dia cakap, "Biasalaaa, ubat, orang dah tua-tua camni la...", baru senyum. Loyar buruk rupenye! Ngeeee.

Abah incik sayang siap cakap, before aku datang, mmg dia teringin nak makan popia, tetibe balik rumah eh ada popia plak, kebetulan. Haha terer aku kannnn. Hins hinss.

Kalo ikutkan, ayah dia tak kasik aku balik lagi lepas bukak pose tu, suruh aku tunggu sampai dia balik dari terawih. Amboih ni dah tahap menantu ke ape niii. Nak suruh dok lama2 masuk minang aaa pacik. Hoho. Tapi aku tak stay aa sbb, nanti berdua ngan adik dia je, nak wat ape kann. Soooo dekat2 nak Isyak tu, incik sayang hantar balik...

Habis aku cite sume kan? Ngahha. Takpela, sumer ni untuk aku simpan, kot2 laa tadek rezeki nak memiliki incik sayang nanti kan, ada gakkk tinggalan kenangan untuk aku simpan. Eceh. Tapi serious aa.

Okkay, dah pukul 5pm, tak sabar nak balik. Datang opis pon macam puasa sbb takkan nak kuar beli mknn lak kan. Takpe sok bawak bekal roti laa at least, anything yg tak berbau sbb nanti kesiann membe aku.

Tak sabar plak nak tengok cemana keadaan lalulintas di bulan pose ni sat lagi, menggilakah??



You know you love me!

Housemate, Schoolmate & Soulmate.

1

Posted by gadis jumaat | Posted in

Dalam mood gembira~~~

Bakal housemate ada datang tadi, nama dia Farah, dia seorang yg okay and I felt the chemistry right away termasuk dengan boipren2 dia skali aku ngam ngehhe . Pastu dia pon kata dia rasa dah ok sangat dah rumah ni, and dia akan konfemkan esok. Lagipun dia kate, malas dah nak cari umah lain, macam2 condition yg dia tengok ads dalam pickandpost tu, takleh masak laa, nak 'muslimah' laa, kena pakai tudung laa, clean and tidy laa, dia cakap.

Aku paham, time aku cari rumah dulu pun, mmg menyampah betul tengok condition2 yg orang letak dalam iklan diorang. Sbb condition tu menunjukkan attitude yg kite bleh expect dari bakal housemate sebenarnya. Alaa ai mean, tak perlulaa rigid sangat. Yang paling menyampah bila baca iklan yg tulis 'Must be open minded'. Nampak sangattttt.

Tapi iklan yang paling teruk aku penah jumpe, dari sorang mamat melayu early 20s, owner of this one apartment yg dia nak sewakan, antara conditions dia camni:

- Takbleh lepak kat ruang tamu sebab you're only renting the room
- Guna barang sendiri kalau nak memasak

- Kena tutup pintu slo-slo sbb aku takleh dengar bunyi bising

- Balik takleh lewat daripada pukul berapa entah sbb aku mudah terjage etc etc

- Takbleh ada sebarang guest especially kalau dorang bermalam sekali


Dan bermacam2 lagilahh syarat2 dia yg aku tak ingat dah. Aku tengok dia advertise iklan tu pun sampai berbulan dahhh. Konpem takde orang!

Oleh kerna sbb di atas laa, maka aku specifically asked my housemate not to list down any condition dalam ad yg dia buat kat pickandpost, caribilik & mudah, sbb taknak orang turn off. Nak letak preference: working malay female pon aku kensel, sbb kalo dapat org yg dah bekerja tapi tak ingat tanggungjawab nak bayar sewa rumah pon tadek maknanye. So, yang penting biar diorang datang tengok umah dulu, we'll see if we like each other, then barulaa kaw tim ke cemana.

Satu je yg aku cakap kat Farah tadi bile dia cakap pasal conditions tu, aku cakap, "A'ah poyo je iklan2 yg ada conditions sumer tu, kita flexible je, janji memasing pandai respek memasing jadiklaa kan, agak2laa..." <--- Yang ni perlu cakap gak supaya dia akan expect ahh aku ni walaupun flexible, takdelaa maknanye aku 'open' membabi buta kan. Haih pepandailaa dia pk, dah umo 28 pon. So, setel bilik tengah tu. Bilik paling kecik yang housemate baru aritu 'pergi tak kembali' lepas tragedi 'ditindih' tu pun dah ada orang book. Beliau orang perlis, smalam dia datang all the way dari Perlis untuk tengok bilik tu, tapi aku takde kat umah sbb gi dinner ngan incik sayang. Pastu dia terus konpem nak bilik tu. Housemate aku cakap orangnye peramah je, ok aa. Dia masuk bulan 10. Aku harap dia tak dikacau langsung aah nanti bile dia dok sini. Kalau tak, letihhhhh akak nak carik penghuni lain .

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Siang tadi Azwan, member time sekolah kat faris petra dulu tetibe msg kat facebook. Dia monitor time aku form 4 Beta. Dia ada lam katun yg aku lukis tu hihi, nanti nak tunjuk dia! Time sekolah mmg tahap sekali dua je kot pernah bercakap ngan dia, tu pun benda yg terlalu penting je. That was a good 12 years back!


Kasik spoiler sket dari komik yg aku nak aplod nanti tu.
Tuuuu Azwan :P



Tadi, tetibe dia tanye camni, "So, kijo mano sekaghe? Jadi arkitek ko?"

Aku terpana sebentar, aku pun dah hampir melupekan yang aku giler nak jadi arkitek time skolah dulu! Wahahaha! Tetibe dia ingat???? In the first place, dia tauuuu??? Wahha gilo mokwey. Yang aku ingat membe2 terdekat je pun yg tau... Terharu ke cemana tahhh nak cakap perasaan ini huuuu .

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Smalam taim jumpe incik sayang, aku cakap kat dia, "B, cincin kat Kongpoh lawa giler B..."

"Ala tau, ada bace blog... Hee hee."

"Haha tau jugak, saje jee nak ingatkan lagi. Hehe."

"Okay, nanti amek gambar tunjuk B ek."

Okay! Dah amek! Tapi ni aku amek laju2 je sbb takut dorang suspicious ke ape plak bile tengok aku amek gamba. So dalam gambar ni, bukan exactly yg aku nak. Jap aku gugel cemana yg aku nak ekceli. Gambar di bawah ni wat cuci mate je:



Aisey yg murah2 sket kat atas daa, tak masuk lam gambar pullek.



Nak bentuk yg macam yang kiri tu exactly, tapi nak diamond sejibik kat tengah cam gambar kanan.


Alaa ni bukan demand nih tapi keinginan . Cemanalaaa nak kawen cepat kalo keinginan membukit rightttt, ai noeee. Takpelaa bab hantaran2 tu kite tong-tong tapi cincin biarlaa cun giler. Sekian terima kasey.



You know you love me!

Tentang Kedai Emas Lagi

1

Posted by gadis jumaat | Posted in

Harini kat kongpoh** lagi. Yg besnya sebab setiap kali nak amek visitor pass kat staff kongpoh yg sumer pakai jaket kuning skirt itam, ialah dapat mencuci mata tengok koleksi jewelleries dorang. Perghh mataku silauuuu. Tadi nampak cincin platinum dengan harga yg reasonable daripada yg aku expect slama ni dan yg penting, gojesss. *Sengih penuh makna kat incik sayang* Kongpoh ni is the 'Largest Jewellery Retail Chain' as recorded in Malaysia Book of Records.

Time aku dah buat muke teruja "i've-found-my-dream-wedding-ring!" kat housemate aku, dia cakap, "Haaa, Kak Sya, baik beli sekarang, sementara kita still keje kat sini, kot2 laa bleh dapat diskaun! Haha!" Diskaun?? Sile berhenti berharap sekaranggg.

(Iklan: Gambar awek dalam lif seperti di atas ni, mati2 aku ingat Diana Danielle tapi bukannn. 'Miss Paraguay' rupenye duta Kongpoh ni.)

Kongpoh ni ada 2 tingkat untuk customer. Ground floor tu stakat yg aku tengok, harga maximum sampai berpuluh ribu gak untuk satu item. 1st floor pulak untuk items yg very der exclusive. Kat situ mau beratus ribu ke hape? Or perhaps millions? Tsk tsk banyaknye duit orang... Bagi aku lagi bagus.

On another note, harini dapat meeting room yang selesa sikit buat sementara. Meeting room utk vip dorang, so kalo dorang ada miting, haruslaah beramai2 pindah ke lubuk asal jua adanya.

Lubuk asal:


Keje belum banyak progress sebab sumer specs masey belum finalised. Berat projek ni bagi aku, sebab banyak kene buat 'interface' yg aku tak penah sepatah haremm buat lagi lam projek lain before this.

PM lak nak sumer interfaces tu siap cepat, padahal ABAPer ada 3 orang je. So calculate calculate, utk siap on time memerlukan 10 abapers. Giler ramai tuuuu, projek lain biasanya 3-4 orang je pon! Tapi somehow, our company layan plak request utk dapatkan 10 abaper untuk this project, sooooo skang nih, they're in the midst of hiring LOCAL abapers.

Meeting room sikalang:


Yeah LOCAL, that's news. Kalo dulu balik2 amek ABAPers indian dari india itself. Kontrak plak tu. Sah2 payment dorang jauh melangit daripada yg local nih, dengan bayar kat agent lagi beribu2. Kompeni ni bila dah miskin sikit barulaa tau berjimat amek local staff... Tsk tsk.

Anyway, smalam I've spotted few good looking guys waiting to be interviewed (kot), sbb pakai semat-semat thee hee hee...

Oh one thing pasal Kongpoh btw, tau tak, memule nak stat project ni, bleh plakk diorang request nak SEMUA consultants chinese ok! Teruk betul! Tapi dengan alasan senang nak communicate. Here's a word for you: Pooodah. Nasib baik boss orang germany, yg tak kuasa nak layan kerenah camtu, lagipun mmg tak cukup ponnn nak letak semua chinese. So skang, hambek kau, indian ada, melayu ada, indonesian juga ada adanya. Hehe.

Wokey, mari mengular ke tempat lain pula. Catcha later!

**I've intentionally used 'Kongpoh' instead of you-know-what atas sbb2 keselamatan. Skian trimela kasseyyy sayanggg!



You know you love me!

Pukul 2 Pagi.

4

Posted by gadis jumaat | Posted in

Sape yg slalu singgah blog aku dari Sandy, Utah ni? Tertanya-tanya pulak ni.

Dulu aku ingat ada mat soleh sesat, tapi berulang2 plak aku tengok 'Sandy, Utah arrived on "Pretty Rain" ' ni kat feedjit aku.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ingat mau tido stret sampai pukul 5am baru solat isyak n sahur untuk puasa ganti terakhir esok, tapi terjage sbb lampu cerah ni. So susah semulalaaa aku nak tido ngeeeee.

Tadi tetibe incik sayang cakap, "Yangggg, lukislaa kartun kite lagi." time aku mamai2 angkat tepon tadi. Haha tetibe je. Aku tanye nape? Dia cakap saje, nak tengok lagi. Aritu mmg ada tunjuk kartun aku & dia yg aku lukis, tapi tak siap lagi sbb tadek pen itam. Nanti aku aplod kalo berjaya siapkan la, hehe.

Dan ada kartun2 lama yg aku dah lamaaa nak aplod kat blog tapi tadek scanner lantas membantutkan rancanganku. Ada satu lagi kartun 5 pages camtu, pasal kenangan2 time SPM kat faris petra dulu, yg aku nak sgt tunjuk ex-schoolmates kat facebook tapi tak teraplod gak sebab masalah yg sama T_T. Tau je laa, kat kedai kalo scan, singgit satu page dia charge. Hampagasss.

Susah woo lukis kartun, sbb bnyk mende nak lukis n setiap benda perlu perincian. Aku tengok kartun2 lama aku tu, macam tak caye lakk aku bleh se-determined tu, sbb kalo suruh sekarang mmg konpem keras tangan abis aaah huahua.

Seronok sangat ngan incik sayang sekarang, undescribable... :")

Can't wait for Ramadhan, nak balik bukak puasa ngan Cik & Kak Da, nak gi rumah incik sayang menyahut pelawaan 'Abah' bukak puasa skali, nak beli baju raye cantik2, dannnn, ada one more thing yg aku tak sabarrrr sangat nih wahha! Nanti dah konpem I roger :D

Till then, have a good nite sleep people!



You know you love me!

Panggilan Hangit

2

Posted by gadis jumaat | Posted in

Benci! Sakit hati!! Sedey!

Bleh tak DIA call aku, cakap still teringat sangat kat aku, blablabla dan sewaktu dengannye cam biasa. Fine la. Tapi pastu yg buat sakit hatiiiiii sangattttttt, bile dia cakap, "Dulu, saya sanggup lepaskan kat dia, sbb saya pk takpela, sbb awak cakap nak kawen dengan dia. Tapi ni dah setahun, awak masih macam dulu, tak kawen jugak. Takpelah, saya bagi masa setahun lagi, kalau tak kawen jugak, saya akan datang meminang."

Apehalllll ko sibuk??? Biarlaaaa aku belum kawen ponnnn, asalkan masey berkasey sayang ngan incik sayangggg. Macamlaa aku nak terima peningan (pinangan) ko. Geramnyaaaaaa! Macam menusuk sangat, rasa tercabar rasa hangen sume satu pakej ada. :"(

Lepas je dia cakap tu mmg aku turn off, pastu biarlaa dia membebel sorang2 kat corong telefon, aku jauhkan je dari telinga. Entah ape dia cakap panjang2 aku pun tak amek port. Agak2 dah benti bercakap tu baru aku jawab, "Hmm.", dengan suara paling keji n boring sampai ko rasa nak terajang aku.

Aku tak bagi harapan ape pon, in case u're wondering. Bile dia tanye, "Sebenarnye sekarang, ada teringat lagi tak kat saya?"

"Takde pun."

"Ada rasa sayang lagi?"

"Takde. Sayang kat incik beruang sorang je. Tak boleh takde dia."

Tak direct lagi ke tu? So then he sounded like his ego bruised, tapi dia still tak give up jugak. Kekadang rasa bukan sebab sayang aku sangat tu, entah2 tinggal perasaan nak menang je. Aah lelaki!

Bukan jugak masalahnye aku layan sangat beliau nih. Aku lebih banyak ignore bile ada call or sms tu, tapi kekadang, ter-layan gak out of boredom sbb dia nih, as a friend mmg ngam aah masalahnye. Tapi tu aah, kejap kata dah dapat terima kenyataan dia takkan dapat aku, kejap kata dia takkan mengalah. Huh.

Susah, tak layan terus susah. Yang ni sorang macam taknak let go. Benci. Elok2 perasaan aku neutral je, aku jadik benci, terima kasih laa buat aku benci. Nihla masalahnye bile kite pernah ngam giler ngan someone, bile gado pon mmg kaw-kaw sama banyak ngan kadar ngam dulu tu. Benci! Haven't I learn anything from my past relationships???

Aku tau incik sayang tak suke benda camnih... Tapi aku nak dia tau sbb kekadang tak tahannnn simpan sorang2. I hope he understands, I know he will. :( Aku sayang incik sayang sorang je, taknak orang lain, I wish he was my first love if I could undo everything.




You know you love me!

Bad If I Wanna Be

2

Posted by gadis jumaat | Posted in

Tengah geram pasal seorang makcik yg aku selalu bace blog dia.

Aku ni dahlaa jarang giler komen kat blog orang. So sesekali aku komen tu maksudnye tak tahan giler nak cakap laa maksudnye. Tapi takpela, aku malas nak memanjangkan dengan komen lagi dan lagi kat sana, cukup sekali je, tapi sbb geram nih, maka ended up buat entri kat blog sendiri ngrrrr.

Here's the scenario: Kite kasik kucing kite kat orang, bukan kasik free, kite mintak barter trade lagi dengan makanan kucing yg mahal giler lagi. Pastu kite buat dia berjanji yang dia kena guna nama kucing yg kita siap-siap kasik tu, takleh ubah. Pastu kite nak kebenaran untuk melawat kucing2 tu pada masa yg sesuai.

So, one fine day, kitepun melawat kucing tu kat umah tuan baru dia, then kite dapat tau dia tukar nama kucing yg kite kasik dulu tu. Kita pon marah-marah sendiri kat blog. Cakap mungkir janji etcs.

Soooo, aku pun komenlaa secara penuh sopan-santunnyee kat blog dia, cakap, saya sangat setuju ngn komen di atas (yg cakap sal tak patut suruh tuan baru gune nama yg kite kasik, nnt tadek feel sbg tuan), kesian tuan baru, marilah mengikhlaskan ape yg kita bagi orang, mari! Tu jeee aku cakap pon.

Tp malangnye itu telah menghangatkan.fm and dia bajet aku macam marah n hentam dia n cakap ni bukan soal ikhlas. HABISTU APAAAAAAA. Haihhh ni baru betul aku marah ni. Elok2 aku tabik spring kat family dia, alih2 camni plak.

Bukan masalah marah, ini masalah meluatttt. Macam selfish giler.

Ginilah, lenkali bile kucing-kucing tu beranak, takyah susah-susah kasik orang. SIMPANNNNNN je sume dalam rumah jadik pekasam, macam rumah aku yg pernah jadi umah kucing big time dulu. Haihhh lama dahhhh tak berapi kat orang camni sampai tahap taip entri khassss untok-mu. Padahal dulu dah berazam tanak taip benda-benda negatif camni kat blog.




You know you love me!

XOXO, girlfriday