I'm Not Yours & Lunway Sagoon

Posted by gadis jumaat | Posted in

Few days ago, membe utp aku F citer dia baru clashed ngan his girlfriend of one year. Terkezzut gak aku memule dengar tu, mati2 ingat dorang dah siap sedia nak kawen dah ke ape.

Yang aku tak tahannye bile tengok ex dia tu senyum gumbiraaaa je time bertunang ngan 'tunang paksa' yg nenek dia jodohkan tu. Aku lak tolong geram untuk membe aku tu. Aku cakap kat dia, kalaulaa aku kene paksa camtu, aku akan wat muke tadek efek je time bergambar. Haihh taulaa menerima segalanya dengan redha, tapiiiii.

Tapi biarlah, tu citer orang, hati di dalam kite tak tau...

On the other side of the globeeeee, aritu, 2 hari lepas aku engage ngan fiance tersayyeeng, dapat satu message yg bikin dada aku bergetar sejenak.

"Anda dah bertunang ke dah kawen???"

Sms dari Old Flame yg dah sekian lamaaaaa tak keep in touch.

"Err, tau mana?", jawab aku sambil otak ligat memikir dari mana dia dapat tau. Blog ni dia tak tau.

Pastu dia terus call dengan suara yg macam nak nangis, I must say. Bunyik bergetar, bunyi sebak, dia cakap dia langsung tak sangka aku akan bertunang secepat ni. Rupenye dia tau sbb dia tengok display image kat YM aku. Aku plak sengallllll, bleh lakkk tak prasan, kalo kite set someone offline, dia tetap nampak display image kite rupenye. Tsk pek dahi sendiri! T_T

Sbb sebenarnya mmg aku tanak bagitau dia aku nak tunang ke kawen ke. Biarlaa lama2 dia tau sendiri. Sbb dia selalu cakap, dia takleh imejin cemana prasaan dia kalo one day nanti dia terserempak aku jalan sambil pimpin tangan anak aku kat Nirwana (pasaraya dekat umah Kuantan ) ke, mana ke. *Background lagu Lamunan Terhenti Aris Ariwatan* Tsk. Pastu dia cakap takleh terima kalo one day nanti dia call, suami aku yg angkat.

"Abis anda gak suke cakap kannnnn, ai dari tahun2 lepas cakap nak kawen ngan incik bruang, tapi tak kawen-kawen gak. Anda suke cabar kannnn. Ni, orang dah tunang, nape nak sedey pulak...", aku smash dia seketul.

"Yelaaa, tapi, erghh, tu cakap kat mulut je, dalam nih perasaan cemana anda tak tau. Sakit, Sya... Sakit... Ai tak sangka secepat ni anda tunang... "

Lepas tu aku banyak diam je time dia meluahkan kekuciwaan. Last2 dia cakap, "Takpelah, walau cemanapun tahniahlah, anda nampak cantek n sesuai ngan kaler tu. Pepel ek?", yeee, orang ke 2 ingat baju aku pepel T_T.

Walaupun dalam keadaan camtu, sempat lagi dia insist nak tengok gambar aku. Aku bagi je link ke photo album aku kat facebook, yg aku temporarily enable utk 'Everyone' dan bukan 'Only Friends' cam biasa. Biar dia tengok. Biar bila dia teringat kat aku, dia akan terbayang visual aku dalam baju tunang, dan dia jadik benci, dan lupekan aku terusss.

Seminit kemudiannnnn, haa terus sebelasss notification kuar kat fb kau. Sumer komen dia kat gambar2 tunang aku. Silap aku, tersilap set privacy untuk comment tuh, tuh yg dia bleh komen.

Antara komen dia yg aku ingat:
"Geram btol...."
"Tahniahlah jugak ye kaksya."
Pastu dekat gambar thank you tag yg ada 'Adi & Sya' tu, dia komen, "Sya* & Sya tak boleh?" (-_-")

Maka INSTANTLY kelam kalibutlaa aku delete sumer komen tu. Tapi dalam instant-instant tu pun, sesaat kemudian, zaaassssss, msg dari Z memecah keheningan senja, "Aku nak tanye satu je. Sape B** tu?"

Pan Bin Tas sungguhhhhh mamat nih! Dia cakap dia tergerak nak tengok photo album aku lagi walaupun siang tadi dia dah usha dah photo album aku tu. Tuh yg dia sempat tengok komen2 saiko B**. Huhuhu giler betul. Dahhhhhhh kene explain citer di sebalik tabir kat Z plak...

Sooo, citer berakhir sampai situ, dia dengan life dia, aku ngan life aku. Dah tunang, dah masuk soal family ni, sumer dah jadik lain, kene fokus. Incik sayang cakap, aku dan dia dah jadik 'family' sekarang :")

Kerna dah jadik family laaaa, makaaaa, aku insist ajak dia join family aku gi Sunway Lagoon pepagi Xmas yg lalu, sebab Abang De nak sponsor sumer orang! Hohoho suke suke. Tapi rasa nak gelak dengar diri sendiri sebut kat Abang De, "Boleh tak Adik ajak TUNANG ADIK gi Sunway Lagoon skali??" Aju n Kak Da pon dah kecoh, "Ajakla incik bruang, ajaklaaaaa." Huhu sooo off we go, 20 orang satu rombongan sekali ngan anak2 sedara belah Abang De.

Masa untuk bergambarrr! Apaa??? Takleh letak gambar incik sayang lagi??

Proud sponsor yg berdiri ujunggg skali tu.

Skarang dah letak dahhhh gamba penuh walaupun mokkk, mentang dah ada tunang...
Takpe, nanti dah kurus, kasi korang senang nak compare kannn.

Suke gambar ni, feeling cover album NKOTB ke apetahh.

Si baju ijau lah anak sedara yg dok ngan aku skang.

Yayyyyy~~~

Gaya itik pulang petang.

Kesimpulannye, lenkali nak pegi hari biasa! Tensen giler takleh naik gelungsur ape2 pon sbb ramai gilerrrrrr beratur, jadik malas nak menunggu. Tapi paling syok time naik pelampung untuk dua orang tu bertiga ngan Aju n Kak Da bahaha... Dan 3x diulangi TIGA KALI tiga-tiga terlangkup ngan pelampung-pelampung dekat area ala air terjun tu tahap sesakkk idong, tapi tak serik2! Sonot!!!

Okayyy dah abish! Later alligator!!

p/s: I should've updated more frequent sbb bile tangguh2 jadik panjangggg entri, dan banyak lupe. Ngeeeeee sabarlah sabariah yee.

Yang Benar (ada tipu2 sket),

~~Proudly Predeiiii~~




You know you love me!

Comments (2)

sebab tu ah b takmo letak gamba... amat berharap akan bertembung dengan b** tu ah. i wish to pee on his grave... yaay!

sebab apa nye? dlu tak kasi letak gambar sbb tak suke kwn2 b jumpe gambar b lam blog ni kan. tu bliau yg cakap, bukan oranggg.