Seronokkkk sangat smalam pegi umah parents incik sayang lagi! :)))
Hajat di hati nak gi ke sana time minggu puasa ke 3, sbb minggu 1st ni tak pose, minggu 2nd nak balik kuantan, so minggu ke 3 aaa kan. Skalik ari sabtu kelmarin, incik sayang call gelak2 cakap, "Yang, abah tanya lagi bile yayang nak datang. Dia risau yayang bukak sorang2. Tadek topik lain dahhh dia nak cakap, dia dah berkenan laaaaa kat menantu dia tu. Hihi."
"B dah cakap dahh yayang ada kampung, nak balik kampung next week. Tapi Abah tanya lagi, minggu depan Sya***** datang tak? Kalau tak datang, Abah balik kampungla."
"Olooo, sian pulak dia. Ok laa, yayang datang esok je bleh? Tapi make sure dia tau yyg tak pose, nanti kang cam poyo lakk datang bukak pose skali padahal tak pose."
"Okay2. (Tak lama pastu) Abah n mak cakap, 'Alaa... Ajak je dia datang, tak apa..."
Hihi ye, takpe, saya mmg tak malu datang bukak pose umah orang time tak pose :D
Aku sempat buat popia inti sadin campo tauge n carrot untuk bawak, pastu plan nk goreng kat umah incik sayang ah. Sampai2 ayah dia ngan kopek buah kelapa. Mak dia buat roti bakar - ala2 macaroni bakar ni tapi guna roti lapis2kan ngan daging beger cincang nyam nyamm!
Aku lega sgt sbb family dia jenis terbuka sangat terima aku. Adik dia, aku dah kenal 5 tawun lepas sejak awal berchenta lagi, so tadak problem sangat kot. Lagipun akakkkk jugak yg bakal jadi the only kakak dia nanti wahha!
Mak dia, ya Allah sangatlaa keibuan, very good listener, sgt understanding, senang laa pendek kata. Or at least itulaa yg aku rasa. Dia tuh jenis selalu usaha buat kite sentiasa rasa selesa, macam, aku goreng popia, kulit popia jadik lembik sbb letak dalam tupperware, so bile goreng dia pecah2 tau. So dia cakap, "Alaa takpe, api dapur tu mmg kuat sikit, itu yg pecah tu. Comel je ye, gulung popia kecik2." Pastu dia hulur bancuhan tepung suruh aku salut popia tu, biar dia tak pecah. Bila aku risau popia rasa tak bes, dia kata, "Alaa, dah ok sangat tu. Jadik resepi baru kan! Haha!" Haha tengok? Betapa optimis takkkkk bakal MIL ai :D sengih banggeee.
Pastu siap ulur selipar kat kaki aku suruh aku pakai kat dapo, ai mean bukan setakat tunjuk "Tu selipar, pakai laa." Nononono, ni siap bawak selipar ke kaki aku :"). Pastu tengok aku makan roti bakar ngan sudu, dia bangun amekkan garpu untuk aku. Sepanjang bukak pose tu, aku nampak dia makan gitu-gitu je sbb punyelaa risau aku tak cukup itu ini. Alahaiiii ibu mertuaku. Tsk tsk. Bagaikan puteri kisah khayalan rasanye! Ehhh over over. :P
Oh itu tak masuk lagi pasal dia 18x cakap, "Duduk je, takyah buat apa-apa, penat tuuu." Hahaha penatlaaa sangattt T_T. Dia tak tau aku dah tegok air banyak2 n dah makan roti telur b4 datang tadi. Hoho.
Topik seterusnya yg ditunggu2 ramai adalah AYAH DIA. Ngahaha yoooo lah tu topik ditunggu ramai! Bukan ape, aku cuak nak datang umah dia dulu sbb ayah dia aa ekceli. Still am! Tapi smalam rasa cam kelakar lak. Cemana nak cakap tah. Ok skang bayangkan muke ayah dia jenis garang, susah nak senyum, serious dan sewaktu dengannya.
Ada skali tu time aku dah siap2 goreng popia, dia usha2 atas meja n tengok popia aku. Pastu jussst before dia nak berlalu tu, dia cakap, "Hmmmmm. Dah boleh laaa ni!" Pastu muke dia cam tahan senyum! Tak tahan okkkkk! Rasa nak gelak guling-guling tengok orang serious camtu bleh usik2 aku camtu wahha!
Pastu lepas berbuka tu, aku nampak dia makan ubat. Aku tanye, "Ubat ape tu Pakcik?" Dia kate, "Ooo, ni, ubat ni bile kite makan, dia menguatkan sistem saraf* (yang ni dia sebut satu technical term yg aku tak paham, tapi maksud lebey kurang camtu aaaa)", ngan muke serious. Pastu bile nampak aku blur2, dia cakap, "Biasalaaa, ubat, orang dah tua-tua camni la...", baru senyum. Loyar buruk rupenye! Ngeeee.
Abah incik sayang siap cakap, before aku datang, mmg dia teringin nak makan popia, tetibe balik rumah eh ada popia plak, kebetulan. Haha terer aku kannnn. Hins hinss.
Kalo ikutkan, ayah dia tak kasik aku balik lagi lepas bukak pose tu, suruh aku tunggu sampai dia balik dari terawih. Amboih ni dah tahap menantu ke ape niii. Nak suruh dok lama2 masuk minang aaa pacik. Hoho. Tapi aku tak stay aa sbb, nanti berdua ngan adik dia je, nak wat ape kann. Soooo dekat2 nak Isyak tu, incik sayang hantar balik...
Habis aku cite sume kan? Ngahha. Takpela, sumer ni untuk aku simpan, kot2 laa tadek rezeki nak memiliki incik sayang nanti kan, ada gakkk tinggalan kenangan untuk aku simpan. Eceh. Tapi serious aa.
Okkay, dah pukul 5pm, tak sabar nak balik. Datang opis pon macam puasa sbb takkan nak kuar beli mknn lak kan. Takpe sok bawak bekal roti laa at least, anything yg tak berbau sbb nanti kesiann membe aku.
Tak sabar plak nak tengok cemana keadaan lalulintas di bulan pose ni sat lagi, menggilakah??
You know you love me!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
amboi kemain lg sukenye..
dah LULUS ye yang..
hikss
ammvoiii sonoknyerrr.. ehehe, salamm ramadhann
Ahaha aisey, obvious sangat ke seronok. Wahahaha. Stakat ni lulus aa yang. Salam ramadhan to u too en_me!