Have A Blasstttt Raya People!

Posted by gadis jumaat | Posted in

Nah amek ang powerrr! Anak-anak sedara aku sure gembira giler dapat ang pow ni tawun ni!


Still in the opis mengabiskan sisa-sisa keje yg ada, konon-konon PM tak approve cuti laa kalo keje tak siap. Haha poyo giler PM ni.

Tak sabar sangat dah nak raya ni, jasad aku je kat opis skang ni, tapi roh aku dah lamaaaa balik beraya kat Kuantan. Huahua. Kete masey belum dapat, can u believe it??? Today laaa hari yg terakhir kena dapat jugak... Kalo tak, aku gi bom kedai tu aummm!!

Smalam incik sayang cakap, dia nak aku sbb dia tau aku boleh jadi isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak dia... Dia cuma sayang aku sorang. Dia pulang semula barang-barang yg aku pernah pulang kat dia tawun lepas masa break tu... Salah satu kad tu yg aku paling sayang, yg ada tulis 'to my wife'. :"(

Dalam umur camni, aku tak rasa nak ada new relationship pon. Bayangkan kene melalui proses nak kenal seorang lelaki tu semula. Awal2 mmg laa tangkap cintan rasa berbunga2 je ati ape sume, tapi sampai satu period, mula nampak dia kurang situ sini, tu yg susah nak adjust tu. Nak sayang orang sbb kelebihan dia mmg senang, tapi nak mencintai dia sbb kelemahan dia? Jarang orang boleh buat...

Dalam tengah sedey giler beberapa hari lepas, membe aku call sejam lebey sbb nak mengadu problem dia, yg dia kata sama cam problem aku. Yang bezanya cuma, dia punye problem lagi besar dari aku, dah laa dia ngah prepare untuk tunang and kawen ngan bf dia dah. Terima kasihlaa sbb cerita, at least aku sedar problem aku tak seberat problem kau, dan aku jadi bersyukur dengan problem aku tu. Baru plan nak nangis satu malam sbb nak let out, jadi tergendala terus rancangan aku tu sbb dengar cite dia. Uhuu... Harap anda tabah ye...

Tapi something has to change. I have to change. Nak jadi someone yg dia bleh bangga nak bawak ke mana-mana. Bangga kalo dia kelihatan berdua dengan aku. For now, mmg rasa tak best ngan diri ini...

Ishk ape sedey2 nak raya ni! Let's have fun! Sedey yang patut kite rasa pun sbb nak tinggalkan ramadhan, entah tahun depan jumpe lagi atau tak? Wallahualam...

Ok ape2 pon, semoga korang berbahagia ngan family memasing time raye ni! Tak sabar makan sedap-sedap! Nyammmm! Aku maybe balik kampung sabtu pagi ni.



You know you love me!

Comments (0)